fbpx

Wanita Bersyukur Cerai Dengan Influencer, Dakwa Hari Pertama Kahwin Suami Dah Tunjuk Perangai [Video]

Jelas wanita itu, suaminya tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sebagai seorang yang panas baran dan kuat berkata kesat sepanjang tiga tahun bercinta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedar tak sedar, hari ini (1 Julai) telah pun masuk ke bulan Julai. Ini bermaksud telah lebih setengah tahun kita menjalani tahun 2024 dan berbaki enam bulan sahaja lagi untuk masuk ke tahun baharu.

Tempoh setengah tahun sudah pasti ada pencapaian yang telah dicapai oleh kebanyakan individu. Ada yang telah mendapat apa yang diimpikan, ada juga yang masih dalam proses untuk merealisasikan impian tersebut.

Namun, ada juga individu yang mengalami pelbagai pahit manis kehidupan sepanjang tempoh enam bulan pertama ini.

Kahwin & Cerai Dalam Tempoh Enam Bulan

Menerusi video yang dikongsikan oleh stesen radio Era FM di TikTok, seorang wanita mendedahkan apa yang telah dicapai sepanjang tempoh enam bulan tersebut.

Apa yang mengejutkan ia bukanlah satu kejayaan sebaliknya perkara pahit yang dilalui sepanjang tempoh itu.

Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Natalia mendedahkan dia telahpun bercerai dengan suaminya yang baru sahaja dikahwini pada awal Januari yang lalu.

Apa yang mengejutkan, Natalia mendakwa suaminya yang merupakan influencer terkenal di aplikasi TikTok itu telah pun menunjukkan perangai sebenar pada hari pertama perkahwinan mereka.

Dia mendedahkan perkara tersebut ketika membuat panggilan menerusi Segmen 3 Pagi Era bersama Radin, Nabil dan Azad.

“Selepas enam bulan, saya dah rasa happy, sedih dan bersyukur sebenarnya. Sebenarnya, awal tahun hari itu, saya ada berkahwin dengan seorang lelaki.

“Bila saya dah berkahwin, selepas sebulan saya dah mula rasa, saya dah buat kesilapan yang besar dalam kehidupan saya.

“Mungkin orang nampak kami sebagai pasangan bahagia, tapi saya yang duduk sebantal, saya rasa semua benda.

“Hari pertama perkahwinan, saya dah nampak. Bila saya tak dengar cakap dia, dia dah mula angkat-angkat tangan,” katanya.

Malah, dia turut mendedahkan ibu bapanya sedar dia dipukul oleh suaminya itu apabila mereka ternampak kesan pukulan di bahagian badan.

Tiada Tanda Suami Kaki Pukul Sebelum Kahwin

Tidak tahan dengan apa yang dilalui olehnya, Natalia nekad mengambil keputusan untuk bercerai dengan lelaki terbabit selepas tempoh empat bulan perkahwinan.

Jelasnya lagi, suaminya itu tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sebagai seorang yang panas baran dan suka mengeluarkan kata-kata kesat sepanjang tempoh percintaan mereka selama tiga tahun.

“Waktu couple, dia takde tunjuk langsung simptom suka pukul, suka maki. Saya pernah masak untuk dia, tapi dia buang makanan betul-betul depan mata.

“Bila saya kahwin, tak sempat tidur sebantal pun dah nampak dah. Bila saya sanding, pun dah nampak cuma saya fikir mungkin waktu itu dia stres dengan kawan-kawan influencer dia datang,” katanya.

Syukur Tidak Dikurniakan Anak, Sempat Titipkan Pesanan Buat Pendengar

Jelas Natalia, walaupun sedih dengan apa yang menimpa namun dia bersyukur dan gembira kerana telah terlepas dari perkara tersebut.

“Saya rasa saya hilang seseorang. Tapi dalam masa yang sama, saya seronok dan bersyukur. Bersyukur sangat kerana tiada anak,” katanya.

Sebelum mengakhiri panggilan berkenaan, wanita itu sempat menitipkan pesanan buat pendengar yang lain agar berhati-hati dengan pasangan yang bakal dikahwini.

“Kalau awak kenal orang tu berapa lama pun kan, selagi tak duduk serumah, sebilik dengan dia, awak takkan tahu perangai dia yang betul,” ujarnya.

Video

@era.je

Natalia dapat dua pencapaian setakat 6 bulan ni, dapat berkahwin & berjaya keluar dari perkahwinan bersama seorang influencer yang ada nama di social media. Allahuakbar, harap Natalia akan dapat kebahagian yang sebenar 💚 #ERARadioNo1PalingLegit #3PagiERA

♬ original sound – ERA – ERA

Pengguna TikTok Setuju Dengan Nasihat Yang Diberikan

Mengintai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna TikTok bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Natalia.

Rata-rata mereka bersetuju selama mana sekalipun bercinta, seseorang itu tidak akan dapat mengenali pasangan selagi belum berkahwin dan tinggal serumah.

Namun pada masa yang sama, ada juga yang mempersoalkan siapa influencer terkenal TikTok yang dimaksudkan oleh Natalia.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Betul, Dah Tidur Sebantal Baru Kita Tahu Siapa Sebenarnya Pasangan Kita”

“Saya Kenal Suami 7 Tahun Sebelum Kahwin, Lepas Kahwin Tidur Sebantal Serumah Baru Tahu Perangai Masing-Masing”

“Lelaki Red Flag Takkan Tunjuk Perangai Sebenar Bila Couple, Dah Tidur Sebantal Baru Kenal Perangai Sebenar”

“Hanya Suami Kenal Siapa Sebenarnya Isteri & Hanya Isteri Kenal Siapa Suami”

“Siapa Influencer Yang Baru Kahwin 6 Bulan Lepas?”

Baca Artikel Berkaitan: Belum Sebulan Berkahwin Dengan Wanita Berusia 41 Tahun, Ibu Mahu Remaja 16 Tahun Bercerai

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Tular Siap & Temankan Suami Bernikah, Kali Ini Wanita Ini Temankan Suami Bercerai Pula

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.