fbpx
Now Reading
Ingatkan Tikus Rupanya Memerang Merayap Di Kedai Makan [Video]

Ingatkan Tikus Rupanya Memerang Merayap Di Kedai Makan [Video]

Menurut individu yang menjumpai memerang tersebut, haiwan itu tidak berada di restoran berkenaan pada setiap hari namun akan datang sekiranya dipanggil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memerang merupakan sejenis haiwan yang hidup di air dan juga darat. Haiwan ini juga mudah dijumpai di kawasan perairan seperti sungai dan sebagainya.

Malah ia juga turut akan datang ke sesuatu kawasan yang mempunyai makanan khususnya jika sesebuah habitat itu tidak lagi memiliki sumber ikan yang mencukupi.

Namun tidak semua memerang ini bersikap agresif ada juga segelintir darinya yang jinak kerana sudah terbiasa dikelilingi manusia.

Tular video memerang berkeliaran di kedai mamak

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan aksi haiwan liar ini ketika berada di sebuah restoran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @selectedentertainment, awalnya kelihatan individu berkenaan berada di sebuah kedai makan dan dipercayai sudah selesai menikmati hidangannya.

Sibuk berlari-lari di bawah meja

Namun sebaik perakam mengarahkan kamera ke arah bawah kelihatan dua ekor memerang sedang berlari di bawah meja.

Kelihatan haiwan terbabit berlari-lari dari satu meja ke meja lain seperti sedang bermain.

Namun ia tidak menganggu mana-mana pelanggan mahupun melakukan sebarang tindakan agresif yang boleh menakutkan orang ramai yang berada di restoran berkenaan.

Malah pemilik akaun juga sempat bergurau dengan mengatakan ia adalah tikus.

“Aku tak tahu lah macam mana dia orang ni boleh lepas bukan kedai makan. Tikus bapak besar boleh main dekat kaki,” tulisnya dalam video.

Memerang berkeliaran di restoran di Perak

Memetik WeirdKaya, individu berkenaan memaklumkan kejadian itu berlaku di Perak dan memerang tersebut tidak berada di restoran tersebut pada setiap hari.

Malah ada yang cuba untuk menangkapnya namun ia amat sukar.

“Tetapi jika anda panggil, ia akan datang,” ujarnya.

Haiwan tersebut turut berkunjung ke kedai lain sekitar kawasan berkenaan

Jelasnya lagi, penduduk tempatan tidak mahu menangkap haiwan tersebut dan percaya ia adalah ‘trademark’ di sekitar kawasan tersebut.

Malah haiwan itu tidak hanya berkunjung di restoran terbabit sahaja sebaliknya turut ke kedai lain.

Melihat di ruangan komen ramai yang memberitahu kepada pemilik akaun, haiwan tersebut bukan tikus sebaliknya adalah memerang.

Tidak kurang juga ada yang memaklumkan memerang boleh mengigit sehingga menyebabkan berdarah.

“Comelnya memerang”

“Memerang dah tak lepak tebing sungai. Memerang lepak mamak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.