Lagu UiTM Di Hatiku ‘Mendunia’! Ramai Mat Saleh Jadikan Muzik Latar Untuk Video Semasa Graduasi [Video]

Setiap universiti pasti akan mempunyai lagu rasmi mereka tersendiri sebagai simbolik dan akan dinyanyikan oleh para pelajar.

Apabila mendengar semula lagu rasmi universiti buat kali terakhir ketika majlis konvokesyen, tiba-tiba rasa sebak pula. Maklumlah, ada banyak kenangan pahit manis di menara gading itu.

Tetapi siapa sangka, lagu rasmi universiti tempatan di Malaysia bukan sahaja terkenal di negara kita, malah ia juga tular di luar negara.


Lagu ‘UiTM Di Hatiku’ Jadi Latar Belakang Video TikTok Pelajar Luar Negara

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@estellashkur), lagu ‘UiTM Di Hatiku’ telah tular di media sosial dan digunakan oleh seorang graduan sebagai latar belakang muzik dalam video miliknya.

Dalam video berkenaan, kelihatan ramai graduan yang memakai jubah konvokesyen berwarna hitam dan merah ketika sedang duduk beramai-ramai di atas kerusi di sebuah kawasan terbuka.

Jika dilihat pada plak yang dipegang, jelas tertera nak temapat pengajiannya iaitu di Boiling Springs High School of South Carolina. Hasil carian kami, lokasi tersebut adalah di Amerika Syarikat.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai terutamanya rakyat Malaysia selepas ia berjaya meraih 601,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Banyak lagi video graduan luar negara guna lagu UiTM Di Hatiku

Selain video berkenaan, banyak lagi graduan luar negara yang menggunakan lagu UiTM Di Hatiku sekaligus membuatkan ia menjadi trending di TikTok.

Orang Ramai Terkejut Lihat Banyak Video Graduan Luar Negara Guna Lagu UiTM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat yang menonton video berkenaan terkejut mendengar lagu Univeriti Teknologi MARA (UiTM) jadi pilihan graduan luar negara untuk dijadikan sebagai latar belakang muzik.

Siap ada yang bergurau kononnya video tersebut dirakam di salah satu cawangan UiTM di luar negara.

“UiTM dah tak konvo dekat Shah Alam ke?” gurau pengguna TikTok.

Sementara itu, sesetengah individu pula tertanya-tanya mengapa lagu universiti berkenaan secara tiba-tiba tular di luar negara selepas ia dilihat dalam beberapa video graduan lain.

“Ni dah kali keempat aku jumpa video orang graduate guna lagu UiTM,” kata pengguna TikTok.

Dalam salah satu komen, pemilik video tersebut juga menjelaskan dia tidak mengetahui bahawa latar muzik yang digunakan itu adalah dari UiTM.

Sumber: X

Sejarah Tentang Lagu ‘UiTM Di Hatiku’

Sebagai info, lagu ‘UiTM Di Hatiku’ ini telah ditulis oleh seorang komposer bernama Othman Mohamed ketika universiti tersebut baru dibuka pada tahun 1956.

Boleh dikatakan setiap pelajar UiTM mesti akan tahu lagu ini. Dengar intro tanpa lirik pun dah boleh agak ia adalah lagu rasmi mereka.

Untuk korang yang nak dengar lagu penuh, boleh tonton video di bawah.

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

5 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

5 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

5 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

6 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

7 hours ago