Lelaki Buat Challenge ‘Pakai Baju Mandi Di Mall’, Siap Tawar Hadiah RM1,000 Dikecam

Media sosial merupakan sebuah platform yang sering digunakan oleh orang ramai. Malah, untuk menjadi terkenal seseorang hanya perlu kekal aktif dan mempunyai pengikut ramai.

Selain itu ada juga yang melakukan beberapa cabaran agar mereka mendapat ‘spotlight’ sekaligus meraih tontonan yang tinggi.

Ada yang membuat cabaran berunsur positif dan memberikan manfaat kepada orang lain dan juga ada yang bertindak membuat satu cabaran yang tidak memberikan sebarang kebaikan sebaliknya hanya dilihat sekadar menagih perhatian ramai.

Lelaki cabar orang ramai pakai jubah mandi di pusat beli-belah

Baru-baru ini, seorang lelaki telah membuat satu cabaran yang tidak masuk akal apabila mencabar orang ramai untuk memakai baju mandi seperti jubah mandi (bathrobe) ke pusat membeli-belah.

Malah menerusi video yang dimuat naik oleh Adam Charlie, dia turut menawarkan wang sebanyak RM1,000 kepada mana-mana individu yang menyahut dan memenangi cabaran tersebut.

Siap tawar wang tunai kepada pemenang RM1,000

“Jadi aku nak challenge korang, kalau korang berani datang mall (pusat membeli-belah) pakai pakaian macam aku ni (bathrobe), macam kumpulan aku.

“Aku bagi RM1,000. Korang boleh buat ke? Siapa yang sahut challenge ni buat video dan tag aku. Pemenangnya dapat RM1,000,” kata Adam dalam video tersebut.

Dalam video itu turut kelihatan Adam telah berjalan di dalam sebuah pusat membeli-belah dengan memakai jubah mandi berkenaan sambil membawa beg sandang.

Bahkan ada ahli kumpulannya yang turut memakai jubah mandi dan juga baju tidur. Menerusi video sama lelaki ini turut mengakui telah menjadi perhatian orang ramai dek kerana pakaiannya sewaktu berada di pusat beli-belah berkenaan.

Walau bagaimanapun ini bukan kali pertama lelaki dengan pengikut sebanyak 30 ribu berbuat demikian sebaliknya dia juga pernah memakai jubah mandi ketika mengambil anugerah di atas pentas untuk sebuah acara.

@abangmustang

Komen “NAK” . Brader nak bagi rm1,000 untuk 10 orang 🤗 #kongsirezeki #giveaway #fyp #viral #xybca #top #latest

♬ bunyi asal – naimler – naimler

Ramai kecam, dan nasihat jangan buat cabaran tak mendatangkan faedah

Melihat di ruangan komen ramai yang mengecam konten tersebut malah ada yang berpendapat ia adalah kandungan video yang kurang baik.

Malah orang ramai turut menyarankan pengguna lain yang menonton video tersebut untuk tidak terikut-ikut dengan cabaran itu kerana ia hanya membuatkan seseorang kelihatan kurang bijak.

Ada juga yang menyifatkan wang yang ditawarkan juga tidak berbaloi untuk melakukan cabaran berkenaan.

“Tak payahlah terikut-ikut macam mat salleh cabaran yang bukan-bukan. Tak nampak pun gempak, nampak bodoh ada lah”

“Tolonglah, ambil tindakan pada mereka yang tidak beretika. Malaysia bangun!”

Respon di TikTok berbeza, ramai yang berani nak sahut cabaran

Walau bagaimanapun komen di TikTok adalah amat berbeza, di mana rata-rata bersetuju dan menyahut cabaran tersebut.

Namun ada juga yang merasakan cabaran itu adalah satu kerja gila.

“Aku pakai kain tuala pun boleh kalau RM1,000”

“Baju je. Tak ada hal. Aku pernah sodok rambut belah tengah. Kiri kanan aku biar. Dah macam highway. Aku jalan dekat mall”

Recent Posts

  • Trending

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan…

4 hours ago
  • Trending

Pengguna Media Sosial Terkejut Sekumpulan Individu Tak Tahu Apakah Ibu Negeri Selangor [Video]

Pada akhir video berkenaan, tiada seorang pun individu terpilih itu berjaya memberikan jawapan tepat iaitu…

4 hours ago
  • Trending

“Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

Menerusi video, pemilik restoran di Vietnam itu telah menghalau pelancong tersebut keluar daripada kedainya dan…

5 hours ago
  • Trending

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya…

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Lebih Had Umur Bekerja, Cikgu Tadika Diminta Bayar Semula RM21,000 Kepada Kerajaan

Guru itu bagaimanapun memaklumkan, dia tidak berkemampuan untuk membayar semula duit gaji yang sudah dibayar…

6 hours ago
  • Trending

Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Kucing jenis campuran Bengal dan British Short Hair (BSH) itu juga gemar mengikuti tuannya dan…

6 hours ago