fbpx

“Nama Saya Malaysia” – Keunikan Nama Pelancong Amerika Jadi Perhatian Ramai [Video]

Ketika ditanya sebab Malaysia menjadi negara pilihannya untuk melancong, wanita itu menyatakan kerana namanya sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu di dunia ini mempunyai nama yang diberi oleh ibu bapa masing-masing. Lazimnya, nama yang diberi membawa maksud tertentu yang dipercayai mampu mempengaruhi perjalanan hidup seseorang.

Oleh sebab itu, Muslim disarankan untuk menamakan anak dengan nama yang memberi maksud baik.

Ada juga ibu bapa yang menamakan anak dengan gabungan nama masing-masing atau bersempena sesuatu perkara yang mungkin bermakna bagi mereka.

Namun, berbeza pula dengan seorang pelancong wanita ini apabila memiliki nama yang unik bersempena negara Malaysia.

Malaysia Pertama Kali Datang Ke Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @pgmn_gogogo, seorang pelancong wanita telah ditemubual oleh pemilik video berkenaan tentang pengalamannya melancong ke negara ini.

Apa yang menjadi perhatian adalah nama wanita yang berasal daripada Amerika Syarikat itu mempunyai nama sama seperti negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.

Menurut Malaysia, dia kali pertama menjejakkan kaki ke negara ini. Malah, melalui video tersebut, wanita itu memuji kecantikan Malaysia dan kebaikan penduduk serta makanan dan budaya negara ini.

“Nama saya Malaysia, saya dari Amerika. Ini pertama kali saya datang ke Malaysia. Sangat menakjubkan dan sangat cantik. Makanan juga sangat bagus dan budaya sangat mengalu-alukan,” katanya menerusi video berkenaan.

Pilih Melancong Ke Malaysia Kerana Namanya

Jelas Malaysia lagi, dia tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan sebelum datang melancong ke Malaysia. Namun baginya, negara ini melebihi apa yang dijangkakan.

Ketika ditanya sebab Malaysia menjadi negara pilihannya untuk melancong, dia menyatakan kerana namanya sendiri.

Keunikan Nama Jadi Perhatian Pengguna TikTok

Video yang dikongsikan itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Rata-rata daripada mereka tidak menyangka ada orang dari luar negara yang menamakan diri mereka bersempena nama negara ini.

Malah, ada pengguna yang tertanya-tanya kisah di sebalik nama yang diberi kepada pelancong wanita itu.

Malaysia Pernah Jadi Antara Nama Negara Yang Sering Digunakan Di Amerika

Namun tahukah anda? Nama ‘Malaysia’ pernah menjadi nama pilihan popular berasaskan negara yang banyak digunakan oleh ibu bapa untuk anak perempuan di Amerika Syarikat sekitar tahun 2014.

Memetik laman web Expat Go, sebanyak 630 bayi perempuan di Amerika Syarikat dinamakan dengan nama ‘Malaysia’.

Malah, jumlahnya jauh meninggalkan nama ‘America’ (346) walaupun di negara sendiri.

Ia merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Keselamatan Sosial Amerika Syarikat pada tahun 2013.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ehh Peliknya, Orang Malaysia Pun Tak Letak Nama Negeri Sendiri Dekat Anak, Apa Pun Cute & Sangat Bangga Dengan Dia”

“Selamat Datang Ke Malaysia Cik Malaysia”

“Mungkin Ibu Bapa Ada Kenangan Manis Di Malaysia”

“Teringin Nak Tahu Cerita Disebalik Namanya, Saya Yakin Ibu Bapa Dia Ada Cerita Menarik Disebalik Nama Tersebut”

“Karakter Dia Sendiri Dah Menggambarkan Malaysia, Rupa Macam Mixed, Manis-Manis, Cara Cakap Sopan & Tenang”

Baca Artikel Berkaitan: Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bercadang Kekalkan Tradisi Keluarga, Pereka Laman Web Beri Nama Anak ‘HTML’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.