“Rambut Panjang Tak Masuk Neraka”- Bapa Mengamuk Gara-gara Ustaz Gunting Rambut Anak? [Video]

Umum mengetahui setiap sekolah tidak kiralah kerajaan mahupun swasta pasti mempunyai peraturan tersendiri.

Antara peraturan yang sering dititik beratkan adalah baju sekolah, penampilan pelajar seperti rambut, kasut dan sebagainya.

Oleh itu, setiap pelajar perlu untuk mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi pengajian.

Bapa berang dipercayai kerana rambut anak digunting ustaz

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang bapa yang mengamuk dan mengherdik seorang guru.

Insiden dipercayai berpunca disebabkan rambut anaknya telah digunting oleh guru yang juga dipanggil ustaz.

Menerusi video rakaman litar tertutup tersebut, lelaki berkenaan telah meminta guru itu untuk memanggil anaknya. Malah turut kedengaran dia turut menjerit semasa bercakap dengan guru terbabit.

“Yang kau usik ni bukan anak binatang kau tahu? Anak aku kau faham. Kau nak panggil tak anak kau?

“Rambut panjang tak masuk neraka kau tahu? Kau tahu tak? Rasulullah SAW rambut macam mana? Rasulullah rambut macam mana aku tanya kau?” soal bapa berkenaan dalam keadaan berang kepada ustaz.

Video berkenaan yang dimuat oleh Furqan Fawwaz di Instagram turut menjadi tular di X sehingga menarik perhatian ramai.

Siap minta panggil anak ustaz jika tak nak disakiti

Malah bapa berkenaan turut berkata sekiranya ustaz tersebut tidak mahu ‘sakit’ dia perlu memanggil anaknya.

Difahamkan lelaki tersebut menghantar anaknya di sebuah sekolah swasta.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat atau video lanjut mengenai lokasi atau bila kejadian berlaku.

Video raih perhatian ramai minta bapa ikut peraturan ditetapkan sekolah

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam lelaki tersebut dan berpendapat dia sepatutnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Malah ada juga yang berpendapat sekolah merupakan tempat untuk mengajar anak untuk menjadi seorang yang berdisiplin.

“Tu baru rambut, belum kuku jari, tangan dan jari kaki. Saya percaya banyak teguran dah diberi tapi biasalah…”

“Kau ajar sendiri jelah dekat rumah anak kau tu, buat apa nak hantar pergi sekolah”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

1 day ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago