fbpx
Now Reading
Rezeki! Sotong Terjatuh Dari Lori, Saksi Dakwa Orang Ramai Pakat Kutip Selepas Pemiliknya Izinkan [Video]

Rezeki! Sotong Terjatuh Dari Lori, Saksi Dakwa Orang Ramai Pakat Kutip Selepas Pemiliknya Izinkan [Video]

Difahamkan, hanya sotong yang bertaburan dan berada di jalan raya sahaja boleh diambil, manakala sotong yang masih di dalam bekas perlu dipulangkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi (1 Julai), tular di media sosial beberapa video yang menunjukan orang awam sedang mengutip sesuatu dipercayai sotong yang terjatuh daripada sebuah lori.

Kejadian terbabit dikatakan berlaku pada petang semalam di sebuah kawasan jalan sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, lori yang membawa hasil laut itu senget semasa mengambil selekoh sebelum pagar pada bahagian tepi patah menyebabkan tong-tong yang berisi sotong terbabit terjatuh daripada kenderaan berkenaan.

Orang ramai pakat kutip sotong bertaburan atas jalan

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @__aimaan, kelihatan orang ramai tidak melepaskan peluang mengutip sotong-sotong itu yang bertaburan di tepi jalan raya.

Malah, kelihatan juga beberapa individu lain yang baru tiba dengan membawa plastik untuk turut mengutip hasil laut terbabit.

Bagaimanapun, di ruangan komen video berkenaan, terdapat beberapa individu yang menyoal tentang status makanan yang diambil itu sama ada halal atau sebaliknya.

Pemilik izinkan orang ramai kutip sotong yang bertaburan

Menurut beberapa pengguna yang mendakwa berada di lokasi kejadian, pemilik sotong-sotong itu telah mengizinkan orang ramai untuk mengambilnya.

Dakwa mereka lagi, hanya sotong yang bertaburan dan berada di luar bekas tong terbabit sahaja yang diizinkan untuk diambil.

Manakala, sotong yang masih berada di dalam tong-tong berkenaan pula akan dipulangkan semula kepada pemiliknya untuk dijual.

Malah pemilik video berkenaan secara berseloroh menyatakan orang ramai mencadat sotong di jalan raya.

Untuk video di TikTok boleh klik di sini.

Sotong yang dikutip telah dimasak, ramai titip doa buat pemiliknya

Menjengah ke ruangan komen lagi, ada yang mendakwa telahpun memasak pelbagai juadah hasil daripada sotong yang dikutip itu.

Kebanyakan netizen juga mendoakan agar pemilik sotong-sotong itu dimurahkan rezeki kerana mengizinkan orang ramai mengutipnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.