fbpx

Aksi BMW Biru Dipandu Laju & Cucuk Kereta Depan Sebelum Langgar Divider Curi Perhatian [Video]

Menerusi video, kelihatan kereta BMW mengikut rapat kenderaan di hadapannya selain turut menyalakan lampu hazard sebelum terbabas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Acapkali pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati apabila menggunakan jalan raya.

Namun masih ada yang berdegil dan memandang enteng apabila tidak mengikut peraturan seperti memandu melebihi had laju sehingga membahayakan nyawa sendiri termasuk pengguna lain.

BMW bawa kereta laju sebelum terbabas

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sebuah kereta jenama BMW berwarna biru yang terbabit dalam kemalangan di sebatang jalan raya.

Menerusi video dashcam dari sebuah kenderaan, awalnya kelihatan kenderaan BMW tersebut telah memecut dengan laju sebelum berada di belakang kereta pemilik dashcam.

Ikut kenderaan depan dengan jarak sangat dekat dan nyalakan lampu hazard

Malah dalam video tersebut dia turut dilihat mencucuk dan mengekori rapat kenderaan pemilik dashcam dipercayai untuk memotong.

Selain itu, dia juga dilihat menyalakan signal lampu kecemasan (hazard) untuk beberapa ketika. Dalam masa sama kelihatan lorong di sebelah kiri turut dipenuhi banyak kenderaan lain mungkin membuatkan kereta tersebut tidak dapat memotong.

Kenderaan gagal dikawal ketika memasuki simpang di bulatan tengah

Namun sebaik sampai di satu bulatan tengah kelihatan kereta BMW itu seperti mengambil ‘side’ berlebihan ketika memasuki simpang.

Perkara itu secara tidak langsung menyebabkan kenderaan sukar untuk dikawal sebelum bertindak melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.

Pemandu BMW itu juga dilihat gagal mengawal stereng menyebabkan kenderaan meluncur ke kiri dan kanan jalan sebelum dia akhirnya berjaya memberhentikan kereta di bahu kanan jalan.

Menerusi dashcam insiden tersebut dipercayai berlaku pada 30 Jun lalu sekitar jam 12.15 tengah hari.

Video raih perhatian ramai, ada berpendapat mungkin BMW benar-benar mengalami kecemasan

Melihat di ruangan komen, ada yang berpendapat mungkin pemandu BMW tersebut membawa kereta dalam keadaan tersebut kerana benar-benar mempunyai kecemasan.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat jika mereka berada di tempat pemilik dashcam, dia mungkin akan memberikan laluan memandangkan kenderaan memberikan lampu kecemasan.

Ini kerana mereka bimbang sekiranya pemandu tersebut benar-benar mempunyai kecemasan.

Ada juga yang percaya insiden tersebut mungkin berlaku di sekitar Genting Highlands, Pahang.

“Satu benda kau kena belajar kalau kau atas jalan ada je sekelumit rasa nak showboating, nak flex (menunjuk), nak tunjuk kau hebat atas jalan. Percayalah akan ada benda yang jadi”

“Aku kalau orang dah macam ni, siap on hazard aku bagi je lalu. Malas nak panjang cerita, malas nak layan dan mungkin memang kecemasan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.