fbpx

Greece Mula Laksanakan Peraturan Kerja 6 Hari Seminggu, Mahu Tingkatkan Produktiviti

Para pekerja dari sektor terlibat diberi pilihan untuk bekerja tambahan dua jam pada setiap hari atau bekerja syif lapan jam tambahan (hari keenam) dengan kenaikan 40% dalam gaji harian mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Greece menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang melaksanakan peraturan bekerja enam hari seminggu dalam usaha kerajaan negara itu untuk meningkatkan produktiviti.

Memetik United Press International (UPI), peraturan bekerja enam hari seminggu itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada kesatuan-kesatuan sekerja.

Di bawah undang-undang yang telah berkuatkuasa pada Isnin (1 Julai), perniagaan swasta yang menawarkan perkhidmatan 24 jam boleh memberikan dua pilihan kepada kakitangannya.

Pekerja boleh pilih, tambah 2 jam setiap hari atau kerja lapan jam pada hari keenam

Para pekerja sektor terbabit boleh memilih sama ada ingin tambahan dua jam pada setiap hari atau bekerja syif lapan jam tambahan (hari keenam) dengan kenaikan 40% dalam gaji harian mereka.

Bagaimanapun, inisiatif ini tidak termasuk pekerja dalam industri perkhidmatan makanan dan pelancongan.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis menyifatkan dasar kerja enam hari seminggu itu sebagai ‘mesra pekerja’ dan bertujuan memastikan kakitangan mendapat bayaran setimpal untuk kerja lebih masa.

Keputusan kerajaan Greece bertentangan dengan negara Eropah lain

Pun begitu, ahli jawatankuasa eksekutif kesatuan kakitangan awam Greece, Akis Sotiropoulos berkata, keputusan kerajaan untuk melanjutkan minggu kerja kepada enam hari adalah bertentangan dengan semua negara Eropah yang lain.

“Ia tidak masuk akal sama sekali. Apabila hampir setiap negara bertamadun menggubal waktu bekerja kepada empat hari seminggu, Greece memutuskan untuk bergerak ke arah bertentangan,” kata Sotiropoulos.

Menurut statistik yang dikumpulkan oleh agensi EU, Eurostat, pekerja di Greece sudah bekerja secara purata 41 jam seminggu, iaitu paling lama di Eropah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.