fbpx

“Lain Macam Ye” – Individu Cium Kaki Jemaah Haji Indonesia Untuk Ambil Berkat Undang Perhatian [Video]

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan mencium kaki ulama yang soleh adalah diharuskan menurut pandangan ulama namun bersyarat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat jemaah haji Indonesia yang tiba di tanah air mereka sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

Menerusi video yang tular, beberapa jemaah turun dengan gaya seperti model dari kapal terbang dan dilihat mengenakan baju yang sesuai dipakai di acara karpet merah.

Malah, ada di antaranya yang turut menggayakan tudung hingga menampakkan bahagian leher dan sebahagian rambut mereka.

Ada yang mendakwa itu adalah budaya segelintir masyarakat di negara jiran itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Pergi Ratu Cantik Ke?” – Fesyen Jemaah Haji Indonesia Ketika Pulang Ke Tanah Air Jadi Perhatian [Video]

Sapu Air Rendaman Di Muka & Cium Kaki Jemaah Haji Yang Baru Pulang

Terbaharu, tular satu lagi video yang memaparkan sekumpulan individu yang dipercayai dari negara sama sedang menyambut kepulangan jemaah haji mereka.

Menerusi video yang dikongsikan semula di platform X di akaun @mhmmdhsm, kelihatan dua orang individu lelaki dan perempuan sedang duduk di atas kerusi dengan kaki masing-masing direndam dalam bekas berisi air.

Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat dua orang wanita dilihat menyapu air rendaman tersebut di muka masing-masing serta mencium kaki jemaah haji berkenaan.

Malah, kedua-duanya dilihat memeluk jemaah haji wanita dan lelaki itu selepas bertindak sedemikian.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka mempunyai pertalian darah atau jemaah haji tersebut adalah guru mereka.

Difahamkan, perbuatan tersebut merupakan budaya segelintir masyarakat di sana yang dipercayai dilakukan bagi mendapat keberkatan daripada jemaah haji yang baru pulang dari Tanah Suci Mekah itu.

“Lain macam ye balik haji sampai macam ni, air kaki hajah tu dia buat basuh muka ambil berkat katanya,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Video Undang Perhatian Pengguna Media Sosial

Aksi penduduk dari negara seberang itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa hairan dan pelik dengan perbuatan menyapu air rendaman kaki serta mencium kaki jemaah haji berkenaan.

Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana jemaah haji itu boleh bertindak dan berkelakuan sedemikian selepas pulang daripada menunaikan ibadah.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Pulang Dari Haji Bukannya Menjadi Baik, Malah Jadi Sesat”

Boleh Ke Cium Kaki Ibu & Orang Soleh?

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan mencium kaki ulama yang soleh adalah diharuskan menurut pandangan ulama.

Namun, dengan syarat perbuatan itu dilakukan sebagai tanda penghormatan kerana ilmu, akhlak dan keperibadiannya yang tinggi serta mulia.

Sekiranya ia dilakukan atas faktor keduniaan seperti pangkat dan harta maka ia perlulah ditegah sekeras-kerasnya.

Pun begitu, budaya dan uruf di Malaysia kurang dipraktikkan sedemikian. Jika ianya boleh membuka pintu fitnah sebaiknya dielakkan, kata pejabat mufti.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mencium kaki ibu bapa dan seumpamanya juga adalah diharuskan.

Baca Artikel Berkaitan: “Diorang Pergi Ratu Cantik Ke?” – Fesyen Jemaah Haji Indonesia Ketika Pulang Ke Tanah Air Jadi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Haji Indonesia Didakwa Jual Rojak Di Tanah Suci Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Joget Depan Kaabah? Lelaki Indonesia Kecewa Sikap Negatif Segelintir Jemaah Haji Dari Negaranya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.