fbpx

Nizam Jentik Jentik Kongsi Kisah Jadi Saksi Kemalangan Maut, Sebak Jawab Panggilan Isteri Mangsa

Apa yang lebih memilukan adalah isteri mangsa kemalangan membuat panggilan kerana berasa tidak sedap hati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang naluri, ia seringkali dikaitkan dengan kaum Hawa. Contohnya seperti naluri seorang ibu terhadap anak serta seorang isteri terhadap suaminya.

Walaupun kedengaran pelik, namun rasa inilah yang akan menjadi petanda kepada para wanita jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada orang tersayang.

Nizam Jadi Saksi Terawal Kemalangan Maut, Masih Nampak Pergerakan Di Perut Mangsa

Bercakap tentang naluri seorang isteri, pelawak Nizam Jentik Jentik berkongsikan kisahnya yang menjadi saksi awal sebuah kemalangan maut.

Apa yang lebih memilukan adalah isteri mangsa kemalangan itu telah membuat panggilan kepada suaminya kerana berasa tidak sedap hati.

Menceritakan kisah tersebut, menurut Nizam, dia menjadi saksi terawal yang melihat dan berada di lokasi insiden berkenaan.

Pada ketika itu, beberapa penunggang motosikal yang lain turut sama membantu dengan mengawal lalu lintas.

Namun, dia dan individu lain tidak dapat menghubungi waris mangsa ekoran tiada nombor kecemasan yang tertera di telefon bimbit lelaki itu. Nizam kemudiannya mengambil langkah untuk menelefon talian 999 bagi mendapatkan bantuan.

“Bila call 999 untuk laporkan, operator tanya mangsa masih hidup atau tidak.

“To be honest seawal sampai saya masih nampak pergerakan di perut, tapi lepas tu terus lenyap pergerakan tu.

“Saya cuma jawab mungkin dah tak de. Tapi katanya kalau dah tak de bukan tugas ambulans, tapi tugas polis.

“Jadi beberapa orang di situ bantu saya memastikan keadaan mangsa, check nadi dan nafas dan teruknya keadaan, confirm mangsa telahpun meninggal dunia (innalillahiwainnailaihirojiun),” tulisnya.

Isteri Mangsa Buat Panggilan Kerana Rasa Tidak Sedap Hati

Jelas Nizam, secara tiba-tiba telefon mangsa berdering dan tertera perkataan ‘My Lovely Wife’. Pelawak itu mengambil langkah berani menjawab panggilan berkenaan ekoran tiada individu yang berani menjawab panggilan tersebut.

“Saya jawab ‘Assalam puan’ dia membalas ‘Eh suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati tu yg tegerak hati nak call’.

“Satu ungkapan yang cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu tu ‘Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan’, dia tanya semula ‘Suami saya macam mana?’.

“Saya hampir menangis nak jawab ‘Suami puan dah takde puan’. Dengar puan tadi meraung menangis ‘Allahuakbar Ya Allah’ saya terkedu dan menitik jugak air mata saya,” tulisnya.

“Saya WhatsApp keadaan suaminya untuk kepastian dia, gambar profile ada anak dua orang masih kecil lagi. Allahuakbar menitik terus air mata saya,” tulisnya.

Sebak betul harini. Saya jadi antara terawal yg nampak dan berada di lokasi kemalangan maut. Saya turun payungkan mangsa…

Posted by Nizam Jentik Jentik on Tuesday 2 July 2024

Mangsa Baru Selesai Menghantar Anak Ke Sekolah petang

Tambah Nizam, mangsa baru sahaja pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah petang.

Video rakaman papan pemuka kemalangan itu turut tular di media sosial. Kejadian dipercayai berlaku pada Selasa (2 Julai) di hadapan Kolej Management and Science University (MSU), Shah Alam.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, sebuah lori dilihat sedang membelok ke kiri. Namun, mangsa yang mengikuti lori berkenaan gagal mengelak bahagian belakang lori tersebut lalu merempuhnya.

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal & Lelaki Dukung Bayi Dilanggar Kereta Yang Terlibat Kemalangan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Total Lost” – Sempat Tulis Karangan Kemalangan, Pelajar Maut Terlibat Dalam Nahas Jalan Raya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.