Peniaga Dipuji Jual Burger RM2, Siap Kongsi Rezeki Beri Kucing Jalanan Makan [Video]

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab telah memperdaya pelanggan demi meraih keuntungan yang tinggi.

Malah, ada juga peniaga yang menjual barangan atau makanan dengan harga yang tinggi, tetapi tidak setanding kualitinya.

Bagaimanapun, lain pula dengan peniaga makanan ini apabila tular di media sosial burger yang dijualnya hanyalah serendah RM2 sahaja.

Burger biasa RM2, Burger Special RM3.50

Menerusi ciapan di akaun X @ricxxxkiddo, video yang diambil dari saluran TikTok Foodie itu menunjukkan peniaga lelaki terbabit hanya menjual burger ayam atau daging biasa pada harga RM2, manakala burger special pula berharga RM3.50 serta double special (RM5).

“Ini betul berniaga sambil bersedekah. Burger biasa RM2 sahaja, kalau special RM3.50 sahaja. Murah sangat! Semoga terus dilimpahkan rezeki,” ciapnya.

Guna patty burger Ramly, sos dan sayur pun tak kedekut

Apa yang mencuri tumpuan, meskipun burger terbabit dijual pada harga yang murah, ianya tetap mempunyai kualiti dengan menggunakan ‘patty’ daripada jenama tempatan, Ramly.

Tidak hanya itu, sos serta sayur-sayuran yang diletakan di dalam burger terbabit juga dilihat banyak dan tidak kedekut.

Jual burger harga murah untuk kongsi rezeki, siap beri kucing jalanan makan

Lebih menyentuh hati, peniaga terbabit berkata dia menjual burger berkenaan pada harga yang murah kerana ingin berkongsi rezeki dengan orang ramai serta tidak kisah hanya meraih keuntungan yang sedikit.

Menurutnya, keuntungan yang diraih juga akan digunakan untuk memberi makan kepada kucing-kucing jalanan dan kucing belaannya di rumah.

“Jadi rezeki yang ada ini saya kongsikan dengan kucing-kucing ini lah, bukan sahaja untuk diri saya sendiri,” katanya.

Red Burger di Kajang Impian

Untuk info, gerai makanan bernama Red Burger itu terletak berhadapan Mister K Saloon di Kajang Impian, Bangi.

Alamat: Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Red Burger beroperasi bermula pukul 8 malam sehingga habis dijual, pun begitu tidak dapat dipastikan hari cuti gerai berkenaan.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian kepada peniaga terbabit kerana berkongsi rezeki dan tidak memikirkan keuntungan diri semata-mata.

Malah, ramai yang menitipkan doa agar peniaga berkenaan dilimpahi rezeki yang banyak.

Recent Posts

  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 hours ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

3 hours ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

4 hours ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

6 hours ago