Wanita Kongsi Pengalaman Ikut Suami Sertai Ride #SubuhMacamJumaat Di Genting Highland [Video]

Sebut sahaja tentang #GengSubuhMacamJumaat, pasti sudah terbayang dalam fikiran penyanyi dan pengacara versatil, Alif Satar.

Ini kerana kempen itu merupakan hasil buah fikiran Alif dalam mengajak orang ramai untuk memeriahkan masjid pada waktu solat subuh sama seperti orang ramai memenuhi masjid pada solat Jumaat.

Kempen yang dilancarkan di sekitar masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor nyata mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak.

Malah, kebanyakannya menyifatkan inisiatif itu sebagai satu usaha yang baik dan terpuji dalam mengajak orang ramai mengimarahkan masjid khususnya pada waktu subuh.

Wanita Ikut Suami Ride Ke Genting Highland Lepas Lihat Hantaran Alif Satar

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan pengalaman mengikut suaminya menyertai kempen #GengSubuhMacamJumaat anjuran penyanyi itu.

Apa yang menariknya adalah lokasi masjid bagi menjayakan kempen tersebut diadakan di luar Kuala Lumpur iaitu Masjid Yayasan Mohamed Noah, Genting Highland.

Menerusi video yang dikongsikan diakaun TikTok @om_orkedmerdhuu, kelihatan kempen berkenaan mendapat sambutan baik daripada orang ramai khususnya golongan muda.

Pada mulanya, suami wanita itu ternampak hantaran Alif yang mengajak orang ramai untuk menunggang (ride) motosikal dan menunaikan Solat Subuh di Genting Highland.

Teruja dengan ajakan suaminya itu, dia dan pasangannya sanggup tidur lebih awal bagi menyertai kempen tersebut.

“Malam tu laki bini masuk awal gara-gara nak rasa pengalaman ride dan solat subuh sekali,” tulisnya menerusi video tersebut.

Difahamkan, mereka perlu berkumpul di stesen minyak BHP Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi sebelum meneruskan perjalanan menuju ke masjid tersebut.

Terharu & Sebak Lihat Sambutan Orang Ramai

Jelas pemilik video itu, dia amat terharu dan sebak melihat sambutan orang ramai yang menyertai kempen berkenaan khususnya dari kalangan orang muda.

Malah, dia turut memuji inisiatif tersebut yang dilihat boleh menjadi titik permulaan perubahan dalam kehidupan dia dan suaminya.

“Yang kami ni jarang-jarang solat subuh di masjid tiba-tiba terpanggil pula. Mungkin bagi orang lain macam biasa.

“Manalah tahu ini adalah permulaan untuk kami teruskan niat baik ini,” tulisnya lagi.

Malah, melalui video berkenaan, wanita itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyanyi itu atas inisiatif yang dilakukan.

“Subhanallah, Alhamdulillah. Merasa juga akhirnya. Terima kasih Alif Satar, terima kasih Geng Subuh Macam Jumaat,” tulisnya.

@om_orkedmerdhuu

Subhanallah,vibes dia lain macam. Pengalaman simple tapi luar biasa❤️ #ride #konvoi #gengsubuhmcmjumaat #gentinghighlands

♬ Endless Love Autumn in My Heart – Efrydo Sihotang
Foto: Sekitar Inisiatif Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Kempen #GengSubuhMacamJumaat Di Genting Highland Satu Rancangan Saat Akhir

Menerusi akaun Instagram milik Alif, difahamkan kempen berkenaan merupakan satu rancangan saat akhir yang dirancang olehnya.

Namun, dia tidak menyangka rancangan yang diadakan pada Jumaat (28 Jun) lalu mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial memuji penyanyi tersebut yang berjaya menjalankan inisiatif sedemikian.

Malah, ada yang beranggapan dengan kempen itu, ia dilihat mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ya Allah Bagusnya Alif Satar, Moga Allah Merahmati Beliau Dengan Sedaya Upaya Apa Beliau Lakukan”

“Bagusnya Dia, Jadikan Ride Tu Perkara Bermakna Yang Membawa Ke Arah Kebaikan, Contoh Baik Untuk Anak-Anak Muda”

“Benda-Benda Yang Viral Macam Ni Yang Kena Viral & Jadi Ikutan”

“Seronoknya Jadi Alif. Bayangkan Betapa Banyaknya Pahala Dia Ajak Orang Buat Amal Ibadat”

Baca Artikel Berkaitan: Lancar Kempen #GengSubuhMacamJumaat, Alif Satar Tidak Kisah Pandangan Negatif Setengah Pihak

Baca Artikel Berkaitan: “Inilah Influencer Sebenar” – Misi Alif Satar Ajak Orang Solat Subuh Di Masjid Seperti Solat Jumaat Buat Netizen Kagum

Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Kepada Tiga Masjid Utama

Recent Posts

  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

3 hours ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

3 hours ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

4 hours ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

6 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Berdosa Isteri Tak Mahu Pakai Niqab Yang Dibeli Suami – UAI [Video]

Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun berkata, golongan wanita yang tidak berniqab haruslah tidak bertabarruj pada wajahnya.

6 hours ago