fbpx

Hilux Langgar Lampu Merah Sebelum Rempuh Motosikal [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan 4×4 berkenaan meluncur dengan laju sebelum merempuh dan menyeret sebuah motosikal yang berada di lorong sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang menggunakan jalan raya pasti mengetahui fungsi setiap warna lampu isyarat.

Sebagai contoh warna merah menandakan kenderaan perlu berhenti, manakala warna kuning pula bersedia untuk berhenti dan hijau jalan sekiranya selamat.

Meskipun banyak kali fungsi lampu ini telah dimaklumkan kepada pengguna namun masih ada lagi yang memandang enteng dengan melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Kemalangan kereta 4×4 dengan motosikal di lampu isyarat

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan sebuah motosikal.

Menerusi video yang tular di laman X, kelihatan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah memecut dengan laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Seret motosikal sehingga menyebabkan 2 penunggang jatuh di jalan raya

Namun apa yang mencuri perhatian, sebelum Hilux itu melepasi lampu isyarat berkenaan dia telah merempuh sebuah motosikal yang berada di lorong sama.

Keadaan itu telah menyebabkan badan motosikal terbabit tercampak sehingga terkena kepada satu lagi motosikal yang berada di arah bertentangan.

Ekoran situasi tersebut, ia telah mengakibatkan dua penunggang motosikal terjatuh di jalan.

Kereta terbabas di bahu jalan

Manakala kereta pacuan 4×4 itu pula terbabas ke tebing di sebelah kiri jalan.

Melihat di ruangan komen, eorang individu mendakwa salah seorang daripada mangsa adalah adik saudaranya.

Katanya mangsa dilaporkan sudah keluar dari hospital dan mendakwa pemandu Hilux itu adalah seorang warga asing yang tidak mempunyai lesen.

Video perkongsian memaparkan kemalangan itu turut membuatkan ramai kurang senang kerana Hilux itu jelas dibawa dalam keadaan sangat laju dan membahayakan.

Walau bagaimanapun tidak diketahui bila dan di mana lokasi insiden itu berlaku.

“Ini bukan 4×4 atau apa pun kenderaan. Ini soal individu yang tak ada moral di atas jalan raya, membahayakan orang lain.”

“4×4 memang macam tu, macam tak pedulikan pengguna yang lain”

“Orang macam ni lah yang complaint diesel mahal tapi bawak macam pelesit”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.