fbpx

“Kerja Gila Ni!” – Dua Penunggang Motosikal ‘Cucuk’ Rapat Belakang Lori Teruk Dikecam [Video]

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya lori berkenaan berhenti secara mengejut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui apabila berada di jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati.

Bukan hanya itu, sebagai pengguna kita juga perlu mempunyai sifat sabar dan toleransi memandangkan jalan raya digunakan oleh orang ramai.

Meskipun sudah berulang kali nasihat diberikan namun masih ada segelintir daripada pengguna jalan raya yang bersikap keras kepala tanpa memikirkan kesan di masa panjang atas perkara dilakukan itu.

Tular aksi bahaya 2 penunggang ikut rapat belakang lori bergerak

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan aksi berbahaya yang dilakukan oleh dua penunggang motosikal jenis skuter.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kelihatan dua penunggang lelaki itu dengan sengaja mengekori rapat sebuah lori yang sedang bergerak.

Sengaja cucuk rapat sampai kepala boleh masuk di bawah badan lori

Lebih membahayakan, mereka ‘mencucuk’ dengan sangat rapat di belakang lori terbabit sehingga salah seorang penunggan memasuki kepalanya di bawah badan kenderaan berat itu.

“Ini kalau lori tu brek, memang seronok tengok. Mendiang S Tun Dr S Samy Vellu pernah kata ‘ini semua manusia sudah gila’,” ciapnya.

Jelas, tindakan kedua-dua penunggang skuter berkenaan sangatlah bahaya sekali gus boleh mengancam nyawa mereka sekiranya lori berkenaan berhenti secara mengejut.

Kejadian mungkin di luar negara, bukan di Malaysia

Video berdurasi 15 saat itu mendapat perhatian ramai, namun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian serta waktu ia berlaku.

Dilihat pada nombor pendaftaran kenderaan, ia mungkin di negara jiran dan bukan di Malaysia.

Ramai kecam tindakan dua penunggang skuter berkenaan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan kedua-dua penungan terbabit.

Malah, mereka turut menyifatkan ia merupakan satu tindakan yang bodoh yang bukan hanya membahayakan mereka, malah pengguna jalan raya yang lain.

Fuh seram betul tengok aksi diorang ni, apalah yang diorang fikirkan and cuba tunjukkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.