fbpx

Kontinjen Malaysia Akan Peragakan Baju Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin, baju rekaan yang bakal dipakai kontinjen negara itu akan diperkenalkan kepada khalayak ramai tak lama lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mempersembahkan rekaan baju yang akan dipakai oleh atlet negara untuk acara Sukan Olimpik 2024 yang bakal diadakan di Paris pada 23 Jun yang lalu.

Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian orang ramai yang mengkritik rekaan baju tersebut.

Ekoran daripada itu, pihak MOM pada 2 Julai lepas telah memperkenalkan pakaian baharu untuk dipakai oleh atlet bagi acara tersebut.

Baca artikel berkaitan: MOM Perkenal Pakaian Baharu Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris, Tampil Dengan Corak Lebih Garang

Baca artikel berkaitan: MOM Bakal Perkenal Baju Baharu Malaysia Untuk Olimpik Paris 2024?

Kontinjen Malaysia pakai baju rekaan Rizman Ruzaini

Apa yang lebih membanggakan, kontinjen Malaysia turut akan memakai Baju Melayu yang direka oleh pereka tersohor tempatan, Rizman Ruzaini untuk perasmian pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung pada 26 Julai.

Memetik Sinar Harian, Ketua Kontinjen (CDM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada hari ini (4 Julai) turut mengesahkan berhubung perkara itu dan pakaian yang bakal dipakai oleh kontinjen negara itu akan diperkenalkan kepada khalayak ramai tidak lama sahaja lagi.

Selain itu jenama Skechers turut menjadi kasut rasmi yang akan dipakai kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris dengan nilai tajaan bernilai RM194,290.

Rekaan dan tema Baju Melayu muktamadkan rekaan pakaian

Menurut laporan Kosmo, MOM memaklumkan ia bertemakan Baju Melayu dan telah memuktamadkan reka bentuk pakaian berkenaan.

“Sudah pasti ia akan bertemakan baju Melayu. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dana kan mempamerkannya kepada umum tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Untuk makluman sebelum ini, pasukan kontinjen Malaysia telah memakai baju Melayu untuk perasmian pembukaan olimpik sejak tahun 1992 di Barcelona sehinggalah Beijing pada tahun 2008, Rio 2016 dan Tokyo pada 2020.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.