Kucing Minta Dibelai Guna Kaki, Tak Suka Orang Sentuh Guna Tangan Raih Perhatian Ramai [Video]

Selain anjing, kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan masyarakat di dunia untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan.

Ini kerana tingkah laku mereka yang comel dan mudah dijaga sering membuatkan orang ramai mahu membelanya.

Bahkan kucing juga antara haiwan yang manja dan suka dibelai oleh manusia seperti menggosok kepala atau lehernya dengan menggunakan tangan.

Tular kucing suka dibelai dengan kaki, tak suka orang sentuh guna tangan

Bagaimanapun, lain pula dengan seekor kucing ini apabila tular di TikTok videonya yang lebih suka dibelai dengan menggunakan kaki.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @daddykucin, lelaki yang juga pemilik si bulus berkenaan berkata haiwan itu tidak gemar disentuh dengan menggunakan tangan.

“Tengok saya punya kucing tak suka orang sentuh guna tangan, dia suka orang punya kaki,” katanya yang dikenali sebagai Melvin Yeoh.

Suka ikut kaki tuannya, sengaja minta belai dengan kaki

Menurutnya, haiwan peliharaannya itu juga gemar mengikuti kakinya ke mana sahaja kerana ingin dibelai.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan kucing terbabit yang sedang duduk dengan segera bangun pergi ke arah tuannya dan seakan meminta dibelai dengan kaki.

Menurut Yeoh itu lagi, kucing jenis Bengal campuran British Short Hair (BSH) itu baru berusia kurang daripada satu tahun.

Ramai terhibur lihat telatah kucing terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat telatah kucing itu yang gemar dibelai dengan kaki dan bukannya tangan.

Bahkan, ada juga netizen yang berseloroh bahawa telatah aneh kucing berkenaan yang minta dibelai dengan kaki boleh mendatangkan fitnah bagi orang yang melihatnya kerana ia seakan dilihat sedang didera.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

24 hours ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

2 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

2 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

2 days ago