fbpx

Pandu Perlahan Di Lorong Kanan, Ramai Puas Hati Lihat Abang Bas ‘Ajar’ Pemandu Kereta [Video]

Pemandu kereta putih berkenaan kadang kala turut dilihat menekan brek ketika berada di lorong tersebut sedangkan tiada kenderaan di hadapan keretanya pada ketika itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain daripada diberi peringatan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, setiap pengguna seringkali diingatkan agar tidak mementingkan diri dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.

Ini kerana sikap sebegitu bukan sahaja menyusahkan pengguna lain malah boleh menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

Kadang kala, sikap mementingkan diri segelintir individu perlu ditegur dengan cara ‘tersendiri’ agar mereka sedar bahawa perangai mereka itu sebenarnya telah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Kereta Berwarna Putih Kekal Pandu Lorong Kanan Walau Bawa Perlahan

Baru-baru ini, tular di media sosial video sebuah kereta putih yang kekal memandu di lorong paling kanan di sebuah lebuh raya meskipun memandu secara perlahan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah sikap mementingkan diri pemandu kereta putih yang dipercayai jenis Toyota Camry itu.

Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di akaun TikTok @mystory1285, kelihatan satu lagi kereta berwarna merah sedang mengekori kereta putih berkenaan.

Namun, tindakan pemandu kereta berwarna putih yang tidak mahu menukar lorong walaupun membawa kereta dengan kelajuan sekitar 80km/jam menyukarkan pemanduan kereta merah berkenaan.

Malah, dia kadang kala turut dilihat menekan brek ketika berada di lorong tersebut sedangkan tiada kenderaan di hadapan keretanya pada ketika itu.

Pemandu Bas Datang, Beri Tunjuk Ajar Kepada Pemandu Putih

Setelah beberapa ketika, kelihatan kereta putih berkenaan memasuki lorong kiri namun secara tiba-tiba dia masuk semula ke lorong kanan.

Sikap pemandu kereta putih itu sememangnya menguji kesabaran pengguna jalan raya yang lain.

Tiba-tiba, datang sebuah bas dari lorong sebelah. Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan pemandu bas itu yang ‘mengajar’ pemandu kereta putih berkenaan dengan cara menghimpit ke lorong kanan.

“Jeng jeng jeng, abang besar sudah mari,” tulis pemilik video berkenaan.

Tindakan pemandu bas itu nyata memberi kesedaran kepada pemandu kereta berwarna putih berkenaan hingga menyebabkan kereta putih itu terus menukar lorong ke bahagian kiri.

“Terima kasih abang driver bas, terbaik haha,” tulisnya lagi.

@mystory1285

Terima kasih abg driver bas harap “lane hogger” macam ni boleh fikir yang abg suruh dia ke tepi 😬 #lanehogger #commonsense #hogging #highway #kualalumpur #dashcam #70mai #70maia500s #fypシ #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – YAツ – YAツ

Pengguna Media Sosial Puas Hati Lihat Tindakan Abang Bas

Tindakan pemandu bas berkenaan nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Rata-rata daripada mereka memuji tindakan pemandu bas berkenaan.

Malah, kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa puas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh pemandu bas terbabit.

Namun, ada juga yang beranggapan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan kerana ia boleh membahayakan pengguna lain.

Pandu Perlahan Di Lorong Kanan Boleh Dikenakan Saman

Tahukah anda, tindakan memandu kenderaan secara perlahan di lorong kanan boleh dikenakan saman?

Ini kerana tindakan tersebut menyusahkan pemandu lain untuk memotong mengikut had laju yang ditetapkan dan boleh dikenakan saman sehingga RM300 oleh pihak berkuasa.

Ingat, lorong kanan adalah untuk pemandu yang lebih laju untuk memotong pemandu lain tetapi dalam halaju yang…

Posted by Majlis Keselamatan Jalan Raya on Thursday 19 November 2020

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Harap Tiada Siapa Salahkan Pemandu Bas”

“Puas Hati Tengok”

“Cari Abang Bas Tu, Dah Jadi Idola Kami”

“Laju-Laju Nak Pergi Mana”

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Tak Sempat Brek, Treler Dipandu Laju Rempuh 2 Kereta Di Lorong Kanan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Aksi BMW Biru Dipandu Laju & Cucuk Kereta Depan Sebelum Langgar Divider Curi Perhatian [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.