fbpx

Remaja Makan Biji Kecubung Alami Halusinasi Visual & Kekeliruan – PHM

Menurut Public Health Malaysia, keseluruhan bahagian pokok terutamanya buah biji kecubung mempunyai racun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, di Malaysia terdapat pelbagai jenis buah-buahan tempatan mahupun import yang enak dan mengandungi pelbagai khasiat.

Pun begitu, ada juga sesetengah buah yang tidak boleh dimakan serta mengandungi racun yang boleh memberi kesan terhadap tubuh badan manusia seperti biji buah kecubung.

Keseluruhan pokok kecubung mempunyai racun

Menerusi bebenang di akaun X Public Health Malaysia (PHM), keseluruhan bahagian pokok terutamanya buah biji kecubung mempunyai racun.

“Seorang remaja mengalami keracunan selepas memakan biji kecubung bersama rakan-rakannya.

“Mereka menemui tumbuhan tersebut di kawasan sekitar kampung dan memutuskan untuk mencuba bijinya kerana mendengar cerita tentang kesannya yang menyebabkan halusinasi,” katanya.

Alami halusinasi visual dan kekeliruan selama dua jam

Menurutnya, remaja berkenaan mengalami halusinasi visual dan kekeliruan pada dua jam pertama selain degupan jantung meningkat serta penglihatan mula menjadi kabur.

“Di unit kecemasan, dia diberikan charcoal untuk mengurangkan penyerapan toksin dalam saluran pencernaan dan pemberian benzodiazepin untuk merawat keresahan dan halusinasi,” katanya lagi.

Susulan itu, PHM menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan pokok berkenaan terutamanya untuk golongan kanak-kanak.

Kecubung merupakan pokok renek herba semusim dari China

Sekadar info, pokok kecubung juga dikenali sebagai horn of plenty angel’s, Devil’s trumpet atau nama saintifiknya Datura Stramonium.

Ia merupakan pokok renek herba semusim yang berasal dari Negara China. Kecubung mungkin sukar ditemui di kawasan bandar, namun ia mudah didapati di kawasan kampung kerana tumbuh meliar.

Pokok kecubung juga banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana mempunyai bunga yang cantik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.