“Besar Pengorbanan Bapa” – Ramai Sebak Lihat Lelaki Ini Penuhi Permintaan Anak Mahu Guna iPhone [Video]

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tidak ternilai harganya. Sebagai ibu atau bapa, pasti akan cuba sehabis baik untuk membahagiakan dan memenuhi permintaan mereka.

Kadang kala, sukar untuk memenuhi kehendak anak terutama perkara atau benda yang diimpikan itu di luar kemampuan.

Namun sebagai ibu bapa, sudah pastinya akan sehabis baik berusaha memenuhi permintaan yang anak yang tersayang.

Minta Anak Berjanji Sebelum Bayar iPhone

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @cheguaimangadjet, dia berkongsikan kisah seorang pelanggannya yang sanggup memenuhi keinginan anak untuk menggunakan telefon pintar, iPhone.

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan pelanggan tersebut bersama anak perempuannya datang ke kedai untuk mencari iPhone XR.

Setelah membuat pemilihan warna, kedengaran pemilik kedai yang dikenali sebagai Aiman memaklumkan harga iPhone berkenaan adalah sebanyak RM950.

Apa yang menjadi perhatian adalah sebaik sahaja Aiman memberitahu harga tersebut, pelanggan itu terus meminta anak perempuannya berjanji untuk menggunakan telefon itu sebaik mungkin.

“Tapi sebelum bayar, mesti janji dulu. Ini bukan untuk bercinta, masih sekolahkan?” kata pelanggan tersebut.

Anak perempuannya itu kemudian mengangkat tangan seolah-olah janji tidak akan menyalahgunakan telefon tersebut.

“Bapa takut anak kecil hati, terasa hati. Bapa dengar kata anak, anak dengar juga kata-kata bapa.

“Bapa bukan nak suruh anak jadi jahat, tetapi menjadi orang yang baik,” kata pelanggannya itu lagi.

Malah, pelanggan tersebut turut dilihat memeluk anak perempuannya selepas berkata sedemikian.

Beli Kerana Anak Minat & Kawan Anak Pakai iPhone

Jelas pelanggan itu lagi, dia segera datang ke kedai gadjet milik Aiman kerana risau kedainya akan tutup dan tidak sempat membuat pembelian.

Tambahnya, dia memenuhi permintaan itu kerana minat anak terhadap iPhone dan rakannya turut menggunakan telefon pintar itu.

“Bapa pakai telefon ni, dah retak dan pecah. Masih juga pakai, baru sekali beli.

“Dia minat dengan iPhone, kawan-kawan dia semua pakai iPhone. Saya terpaksa beli untuk dia, biar dia sama dengan kawan dia,” kata pelanggan lelaki itu lagi.

Ayat Pelanggan Buat Pemilik Kedai Teringat Bapa

Apa yang menyentuh hati Aiman adalah kata-kata dan pengorbanan lelaki itu yang sanggup memenuhi permintaan anaknya mengingatkan dia kepada bapanya dahulu.

“Saya dulupun sewaktu bapa saya masih hidup, saya pun minta iPhone dekat dia, itu yang saya teringat balik,” kata Aiman kepada pelanggannya.

Malah, Aiman turut memberi diskaun sebanyak RM50 menjadikan harga iPhone yang perlu dibayar hanya berjumlah RM900.

@cheguaimangadget

Besar pengorbanan seorang ayah, lepas kerja terus pergi kedai untuk teman anak untuk beli iPhone. Semoga adik gunakan phone ni untuk mendapatkan ilmu yang terbaik ya❤️ #dad #ayah #iPhone

♬ original sound – Chegu Aiman Gadget – Chegu Aiman Gadget

Pengguna TikTok Sedih Lihat Pengorbanan Bapa

Video yang mendapat tontonan lebih 500,000 nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa sedih melihat pengorbanan pelanggan itu.

Bagi mereka, pengorbanan yang dilakukan oleh pelanggan lelaki berkenaan tidak ternilai harganya.

Malah, mereka turut mendoakan pelanggan berkenaan dimurahkan rezeki dan berharap agar anaknya itu mengotakan janji dan membalas jasa bapanya di masa hadapan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Ya Allah, Hati Seorang Yang Bernama Bapa, Semoga Bahagia Selalu”

“Semoga Pakcik Dimurahkan Rezeki, Dah Besar Balas Jasa Bapa Ye Adik Comel”

“Berkaca Mata Aku Dengar Ucapan Bapanya, Jangan Dilupa Pengorbanan Seorang Bapa”

“Besar Pengorbanan Bapa, Belajar Rajin-Rajin Lepas Ni Balas Jasa Budinya”

Baca Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Di China Hina Bapa Sebab Tak Mampu Beli iPhone

Baca Artikel Berkaitan: Budak Tertipu Dengan Iklan iPhone 11 Pro RM500, Bapa Terkejut Hilang RM25,400 Sekelip Mata

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Sanggup Jalan Kaki Dari Beranang Ke Kajang Demi Ambil Makanan Percuma Buat 3 Anak

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

2 days ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

2 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

3 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

3 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

3 days ago