Betul Ke Perlu Tekan Push Start Button 3 Kali Untuk Hidupkan Enjin Kereta? Ini Penjelasannya [Video]

Kebanyakan kenderaan keluaran masa kini telah dilengkapi dengan sistem teknologi tanpa kunci (keyless entry) untuk memudahkan pemandu memasuki kereta dan menghidupkan enjin dengan hanya membiarkan kunci berada di dalam poket atau beg.

Jika dahulu, pemilik kereta harus menekan tombol pada kunci untuk membuka kenderaan dan memasukan kunci dalam slot bagi menghidupkan enjin.

Namun sekarang lebih mudah apabila dengan sistem ‘push start button’ (butang penghidup kunci) di mana pemandu hanya perlu menekan pedal brek dan satu butang tombol untuk menghidupkan enjin kereta.

Cara sebenar hidupkan enjin kereta perlu tekan push start button 3 kali?

Pun begitu, timbul pula teori bahawa ‘cara sebenar’ untuk menghidupkan enjin kereta yang menggunakan sistem ini perlulah ditekan sebanyak tiga kali.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @abglongkar, seorang lelaki mendakwa bahawa cara yang sebelum ini digunakan oleh kebanyakan pemandu dengan hanya menekan sekali sahaja adalah salah.

Menurutnya, cara yang betul adalah dengan menekan sekali butang tersebut tanpa memijak brek bagi membuka kunci stereng, kemudian tekan sekali lagi bagi menghidupkan aksesori (ACC).

Foto: Pexels

Akhir sekali, barulah pijak pedal brek dan tekan butang berkenaan untuk menghidupkan enjin kereta.

Tips yang diberikan oleh lelaki berkenaan bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan sebelum ini pernah tular juga perkongsian sedemikian oleh beberapa individu-individu lain yang mendakwa cara sedemikian boleh mengelakkan kotak komputer enjin menjadi rosak dengan cepat.

Orang ramai beri pelbagai pandangan terhadap teori terbabit

Bagaimanapun, tips terbabit dilihat mendapat pelbagai pandangan daripada orang ramai, ada yang bersetuju dan ada juga berpendapat sebaliknya.

Segelintir pihak mendakwa tips menekan butang push start sebanyak tiga kali adalah tidak logik, bahkan mereka yang hanya menekan sekali tidak mempunyai sebarang masalah meskipun telah bertahun-tahun memakai kereta dengan sistem berkenaan.

Persoalannya, benarkah ini cara sebetulnya untuk anda menghidupkan kereta menggunakan butang penghidup enjin? Atau ia sekadar mitos semata-mata?

Teori tunggu lampu ACC terpadam baru hidupkan enjin telah lama wujud

Memetik Paultan, perkara ini telah timbul sebelum wujudnya sistem keyless entry lagi. Teori ini menyatakan bahawa ia perlu dilakukan bagi mengelak kotak komputer ‘terkejut’ ketika sistem diperiksa sendiri oleh komputer semasa mula menerima bekalan elektrik.

Menurut portal automotif itu, mungkin ada kebenaran dan mungkin tidak kerana masih lagi tiada bukti kukuh atau penemuan kotak komputer enjin yang rosak kerana pemiliknya tidak menunggu sehingga lampu tersebut padam sebelum enjin dihidupkan.

Cara terbabit digunapakai pada sistem zaman 80an dan 90an, bukan kereta moden

Foto: Pexels

“Lagipun, ini sebenarnya adalah cerita untuk sistem-sistem suntikan bahan api elektronik yang awal pada era lewat 80’an dan awal 90’an.

“Sistem suntikan bahan api elektronik pada kereta moden dibekalkan dengan kotak komputer yang jauh lebih laju dari era berkenaan.

“Berapa laju? Bagi nak mudah faham, anda tengok berapa beza laju komputer desktop era cakera liut (floppy disc) dan juga komputer peribadi yang ada dalam pasaran sekarang. Atau beza kapasiti thumbdrive 15 tahun dahulu dengan produk-produk terkini. Sangat jauh beza bukan?” katanya.

Tak timbul masalah ‘terkejut’, kotak komputer enjin kini sangat laju

Menurutnya lagi, maka tidak timbul masalah ‘terkejut’ ini memandangkan kotak komputer enjin pada masa kini sangat laju dan proses menghidupkan enjin kereta hanya memerlukan satu saat sahaja.

Jelasnya, malah pada enjin-enjin terkini ia direka dengan pelbagai mod selamat yang akan menghalang enjin hidup sekiranya ia mengesan ada kerosakan besar akan berlaku jika ada sistem yang gagal berfungsi.

Foto: Pexels

“Jika ia betul-betul boleh mendatangkan kerosakan sekiranya dihidupkan dengan sekali tekan, mengapa jurutera tidak menjadikannya sebagai proses mandatori dengan ‘memaksa’ pengguna agar mengikut prosedur tersebut dengan menghasilkan sistem yang perlu anda tunggu sehingga lampu ‘check engine‘ tersebut padam baru kereta dapat dihidupkan?

“Ataupun mengapa tidak pengeluar sendiri menulis perkara ini pada manual pengguna bagi memberi amaran bahawa ada sistem yang akan rosak sekiranya anda tidak menghidupkan enjin dengan cara sedemikian?” katanya lagi.

Tekan push start button 3 kali boleh memendekkan jangka hayatnya

Berkongsi lanjut, portal berkenaan menyatakan cara menekan suis penghidup sebanyak tiga kali, setiap kali ingin menghidupkan enjin mungkin akan menyebabkan jangka hayat suis berkenaan menjadi lebih pendek dari yang sepatutnya.

Hal ini kerana dalam suis tersebut, terdapatnya permukaan plastik yang bergeser dan juga permukaan logam yang bersentuh bagi memutuskan atau menyambung aliran elektrik.

“Permukaan-permukaan tersebut lambat laun tentu akan sampai kepada had penggunaannya setelah mengalami kehausan. Jadi, bayangkan sekiranya dalam tiga bulan anda perlu menekan suis berkenaan sebanyak 100 kali untuk menghidupkan enjin, dengan kaedah tiga kali tekan, ia perlu ditekan sebanyak 300 kali atau 200 kali lebih banyak dari biasa. Itu kalau tiga bulan, kalau setahun? Lima tahun?”

Paultan.org

Akhirulkalam, ia terpulang kepada pemilik kereta itu sendiri sama ada ingin menekan sekali atau tiga kali kerana kenderaan itu adalah milik mereka, sekiranya rosak diri sendiri yang akan menanggungnya.

Berikut komen yang diberikan netizen di TikTok:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KFC Malaysia Lancar Biasiswa RM2.1 Juta, Bantu Pelajar B40

Peruntukan RM2.1 juta ini adalah untuk pelajar B40 yang layak dan ingin melanjutkan pengajian ke…

2 days ago
  • Automotif
  • Gaya Hidup

PRO-NET Perluas Jaringan Proton e.MAS, Buka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di beberapa kawasan antaranya…

2 days ago
  • Trending

Reaksi Lelaki Selamba Makan Semangkuk Sambal & Cili Potong Bersama Bihun Sup Raih Perhatian [Video]

Menerusi video lelaki berkenaan turut meminta seorang individu untuk tidak bimbang kerana dia sudah biasa…

3 days ago
  • Trending

Pemuda Gaji RM4,000 Menyesal Beli Kereta Harga Lebih RM100,000, Kini Bergelut Bayar Hutang

Keadaan itu bertambah buruk apabila pemuda berkenaan terpaksa menggunakan kad kredit untuk menanggung komitmen bulanan…

3 days ago
  • Dunia
  • Trending

Pihak Berkuasa Itali Dakwa Dior & Armani Bayar Kos Murah Tapi Jual Beg Mahal

Pendakwa raya di Milan mendakwa syarikat berkenaan telah mengubah subkontraktor yang mengajikan pekerja dari China…

3 days ago
  • Trending

“Bukan Senang Lelaki Untuk Gaji Stabil”- Ramai Teruja Amoi Cantik Tak Kisah Gaji Bakal Suami [Video]

Apa yang penting adalah suaminya itu mampu menanggung komitmen bersama sudah cukup baginya.

3 days ago