Connect with us

News

Tular Gambar dan Video Mahasiswa Dikasari Penyokong Najib

Program santai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Universiti Malaya (UM), di sini, kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najib dengan beberapa pelajar UM, di sini, petang ini.

Pergelutan itu berlaku ketika Najib sedang berucap manakala pelajar berkenaan memegang beberapa plakad sambil menjerit “penipu” dan “mana RM2.6 bilion” malah turut mengangkat plakad gambar badut menyerupai Najib.

Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong Najib berang dan mula bergerak ke arah pelajar tersebut serta mempersoalkan tindakan mereka berbuat demikian.

Dalam video klip berdurasi 2.21 minit yang tersebar hari ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam turut dilihat berada di situ dan beliau mengoyak salah satu plakad dibawa pelajar berkenaan.

Paparan skrin dari video yang dikongsikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Pelajar itu kemudiannya cuba mempertahankan plakad itu dan berkata: “Ini hak kita untuk berhimpun, ini hak kita untuk berhimpun.”

Berlaku pergelutan sekali lagi melibatkan mereka malah kali ini, leher seorang pelajar itu dicekik dari belakang sebelum dikerumuni individu lain sebelum mereka bergerak meninggalkan kawasan itu.

Pergelutan berlaku dileraikan selepas kumpulan pelajar itu berundur namun penyokong Najib terus mengekori mereka sebelum polis tiba dan membawa pelajar itu meninggalkan kawasan dengan kenderaan polis.

Pelajar UM difahamkan telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Sumber : Awani.com, KiniTV

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect