fbpx
Now Reading
Aishah Kahwin Kali Keempat
aishah penyanyi

Aishah Kahwin Kali Keempat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peserta Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 52, mengakui sudah kembali berumah tangga selepas tiga perkahwinan terdahulu gagal.

Berkata kepada Utusan Online, Aishah yang bercerai dengan suami ketiganya pada 2011 bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan terbaharunya.

“Betul, saya memang sudah berkahwin kembali. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan,” jawabnya ringkas kepada Utusan Online.

Sementara itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Janji Manismu itu bakal bersaing dengan 11 lagi peserta dalam program realiti GV4 yang akan bermula pada 29 Oktober ini.

Menurut wanita itu, suaminya turut memberi dorongan dan sokongan kepadanya untuk menyertai program berkenaan.

“Saya juga berharap agar penyertaan ini tidak dikaitkan dengan sebarang isu lain. Jangan mencampur-adukkan penglibatan saya dalam bidang politik dengan karier nyanyian yang telah lama diceburi,” katanya meletak harapan.

“Fokus dan tumpuan saya buat masa terdekat adalah untuk mengharungi pertandingan ini sehingga ke penghujungnya. Insya-Allah,” katanya.

Sumber: Utusan Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.