fbpx
Now Reading
Jamu Mata di 8 Kafe Bertema

Jamu Mata di 8 Kafe Bertema

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seronok kalau pergi makan-makan dalam kafe bertema. Sambil nikmati makanan, boleh menjamu mata. Ada tema yang comel, ada tema yang sweet dan ada juga yang tema unik.

Berikut adalah antara kafe bertema yang menarik hati:

1. Kafe Gourmet Hello Kitty, Sunway Pyramid
Kalau dah nama Hello Kitty, pasti hiasan dalamannya berona merah jambu penuh dengan motif dan patung kucing comel ini. Begitu juga hidangan yang disediakan turut berbentuk haiwan kesayangan semua. Kafe dua tingkat ini sering juga dijadikan sebagai tempat meraikan hari jadi dan juga event.

2. Kafe Flora, The Ampwalk, Ampang
Sesuai dengan namanya, kafe yang dihiasi dengan bunga-bungaan ini menyediakan sajian Melayu yang enak. Ia juga menawarkan khidmat catering bagi pakej perkahwinan, majlis korporat dan majlis persendirian.

3. Kafe Good Meowning, Bandar Tun Razak
Kalau Kafe Gourmet Hello Kitty mengguna motif kucing, kafe ini mengguna kucing betul sebagai tarikan utama. Sambil makan, pelanggan boleh membelai kucing-kucing yang diletakkan dalam tempat khas. Kucing-kucing ini dipelihara sendiri oleh pengusaha kafe dan ada yang asalnya adalah stray cat. Lukisan bermotifkan kucing pada dinding dilukis sendiri ole anak buah empunya kafe.

4. Kafe Mini Mini, Mid Valley
Kafe ini memang jadi tarikan semua kategori umur terutamanya kaum wanita. Ini adalah kerana koleksi patung dan miniatur dalam kafe ini menyebabkan ia sering jadi tumpuan. Meskipun tampil moden, ia turut menyediakan sajian Melayu.

5. Kaffa Espresso Bar, Damansara Uptown
Kafe bertemakan Vintage dan Klasik ini menyediakan sajian Barat bemula daripada sarapan hinggalah ke minum petang dan snek ringan.

6. Chemistry Café + Lab, Shah Alam
Duduk di kafe ini menggamit kenangan dalam makmal sekolah sambil belajar subjek Sains dan membuat ujikaji. Alat-alat radas seperti tabung uji, rak tabung uji, kelalang berdasar rata dan kelalang kot digunakan sebagai peralatan menghidang serta simpanan makanan.

7. Kafe Holy Smoke
Berkonsep Moden Retro, ia mempunyai penataan hamper sama seperti American Diner. Ona hitam putih pada kemasan lantai dan dinding menjadikan kafe ini tampil unik.

8. Tim’s Teapot Terrace, Taman Melawati
Kafe berkonsep Teko The dengan hiasan penataan Inggeris ini adalah syurga bgi yang gemar pemanis mulut. Pasti teruja melihat deretan kek dalam balang kaca yng disusun rapi berhadapan cermin kaca kafe.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.