Laudya Cynthia Bella Hamil?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Artis terkenal seberang, Laudya Cynthia Bella yang berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September lepas dihujani pertanyaan adakah dia sudah hamil, baru-baru ini.
Selepas dua bulan berkahwin, nyata pasangan itu telah diajukan persoalan sebegitu oleh pihak media di negara seberang, Indonesia.
“Alhamdulillah Amin (sudah hamil). Belum (hamil) sih. (Pertanyaan) itu berarti doa, aku enggak mau bilang iya, nggak mau bilang enggak. Tapi emang belum sih. Isinya baru (kue Bandung) Makuta tadi pagi,” jawabnya sambil berjenaka.
Menariknya, jawapan Bella juga cukup tenang dan bersahaja membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu berita gembira itu.
Walaupun dia tak mengiyakan dan menidakkan persoalan itu, dia meminta orang ramai berdoa yang baik-baik untuknya dan suami tercinta.
Semoga pasangan romantis ini dikurniakan cahaya mata dan mungkin Aleesya (anak Engku Emran bersama bekas isteri, Erra Fazira) juga mahukan teman bermain.
Sumber: Tribun Seleb