fbpx

Hefny Dan Uqasha Semakin Intim Di Laman Sosial?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah lama berteka-teki, akhirnya semalam pelakon dan pengacara, Hefny Sahad memuatnaik gambar berdua bersama pelakon wanita cantik ini iaitu Uqasha Senrose dengan caption yang ringkas tetapi mempunyai makna tersendiri.

Sebelum ini, mereka tidak memberi kenyataan jelas mengenai status hubungan mereka namun mengakui mereka sedang mengenali dengan lebih rapat.

Kini, mereka saling meletakkan gambar berdua di akaun rasmi laman sosial Instagram masing-masing dan seperti sudah bersedia untuk memberitahu kepada umum mengenai hubungan mereka.

Hefny dilihat memuatnaik gambar bersama Uqasha sambil meletak caption “1 year ago, today” seolah-olah memberi gambaran mereka sudah berkawan rapat selama setahun. Sweet betul!

Malah, semalam Uqasha juga memuatnaik gambar berdua dengan Hefny sambil meletak caption dengan emoji lebah atau bee. Mungkin itu adalah simbolik kepada panggilan manja mereka.

Nampaknya mereka semakin serius dalam perhubungan dan para peminat turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan merpati dua sejoli ini. Tak sabar rasanya nak makan nasi minyak mereka.

Sumber: IG Hefny Sahad

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.