fbpx
Now Reading
Mafarikha Pilihan Juri Asia’s Got Talent

Mafarikha Pilihan Juri Asia’s Got Talent

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Namanya mula menjadi sebutan selepas video ujibakat di pertandingan pencarian bakat terkenal Asia iaitu Asia’s Got Talent tular di laman sosial baru-baru ini.

Mafarikha Md akhir, 25 tahun, berjaya mendapatkan tiga ‘Yes’ dari ketiga-tiga juri pertandingan tersebut untuk mara ke peringkat seterusnya.

Dia membawakan lagu Hero oleh Mariah Carey itu tak menyangka akan mendapat perhatian meluas sebegini dan sokongan penonton ketika menyanyikan lagu tersebut hingga dia menangis di atas pentas.

“Saya menangis kerana bukan saja dapat menyanyi di pentas Asia, malah terharu bakat saya dihargai semula,” jelasnya.

Sumber dari youtube.com

Sebelum ini, dia pernah menjadi finalis program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa pada tahun 2011 dan turut merakam beberapa single namun dia jarang muncul di kaca televisyen.

Menurutnya, dia hanya mencuba nasib dan tak sangka menjadi pilihan juri untuk mara ke peringkat seterusnya dalam program pencarian bakat popular itu.

Sumber dari thepicta.com

“Sebelum ini saya ada mencuba menyertai ujibakat beberapa program realiti dalam negara tetapi tidak lepas. Namun kali pertama menjejak ke pentas Asia, saya diberi peluang dan sangat bersyukur,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia tak menganggap fizikal dan paras rupa menjadi penghalang dirinya untuk mengembangkan bakat yang dimiliki.

“Yang mengatakan saya tak dipandang kerana bentuk fizikal itu mungkin hanya pendapat yang dibangkitkan oleh media di laman sosial,” tambahnya.

Semoga Mafarikha dapat mengharumkan nama negara dan mana tahu jika dia mampu memenangi pertandingan tersebut satu hari nanti. You go girl!

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.