Now Reading
Nasi Lemak Telur Bungkus Bakal Buat Anda Terliur

Nasi Lemak Telur Bungkus Bakal Buat Anda Terliur

Rakyat Malaysia memang suka nasi lemak dan ada yang suka makan di waktu pagi sebagai sarapan serta ada juga yang suka makan pada tengah malam bila lapar.

Baru-baru ini kisah nasi lemak telur bungkus tular di laman sosial Facebook apabila seorang lelaki memuatnaik video cara-cara membuat nasi lemak unik itu.

Sumber dari facebook.com

Pengguna laman sosial Facebook, Azri Walter telah memuatnaik video cara pembuatan nasi lemak telur bungkus kerana dia datang awal di warung yang dikenali Warung Bunian, Kajang untuk bersarapan.

Perkongsian video itu mendapat 1.5 juta tontonan dan 16,674 ribu perkongsian di laman sosial tersebut.

Sumber dari sharinginfoz.blogspot.com

Memang terliur melihat telur dadar nipis dibalut bersama nasi lemak yang masih panas dan dihidangkan bersama sambal, timun serta ikan masin.

Sumber dari facebook.com

Jika anda mahu mencuba nasi lemak telur bungkus itu, anda mungkin kena datang awal kerana dengar cerita orang ramai sudah beratur sejak awal pagi demi untuk merasai nasi lemak viral itu.

See Also

Sumber dari alwzbemybaby.blogspot.my

Untuk pengetahuan anda, Warung Bunian terletak di Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, Kajang dan mereka hanya beroperasi pada jam 7 pagi hingga 2 petang setiap isnin hingga sabtu manakala hari ahad hanya beroperasi dari jam 7 pagi hingga 10.30 pagi sahaja.

Sumber: World Of Buzz

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.