fbpx
Now Reading
Lelaki Belanda Ini Peluk Islam Sebaik Sahaja Melancong Ke Malaysia

Lelaki Belanda Ini Peluk Islam Sebaik Sahaja Melancong Ke Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

screen-shot-2016-07-15-at-10-13-35-am

Oleh Feyra Nasrom Sumber havehalalwilltravel.com, FB Michael Ruppert

Sudah 60 buah negara dilawat oleh seorang lelaki dari Belanda-Belgium, Michael Ruppert setelah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan mengembara di seluruh dunia.

Namun, Ruppert akhirnya mengambil keputusan untuk memeluk islam selepas jatuh cinta dengan adat , budaya dan keindahan islam.  Ruppert akui beliau banyak belajar dan berkomunikasi dengan masyarakat islam  di Malaysia dan juga Indonesia untuk mengetahui lebih mendalam mengenai islam.

screen-shot-2016-07-15-at-10-13-21-am

Keluarga angkat yang dikenali dalam pengembaraannya banyak membantu Ruppert mengenal islam malah beliau tertarik selepas melihat keluarga tersebut mengerjakan solat fardu lima waktu setiap hari.

“ Keluarga islam saya di Malaysia dan Indonesia banyak beri dorongan, saya lihat sendiri dan saya tertarik untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai islam, sama juga seperti mereka yang membaca Al-Quran, saya ingin tahu sendiri dengan lebih lanjut mengenai Al-Quran”

screen-shot-2016-07-15-at-10-13-29-am

“ Saya ingin tahu tujuan mereka ke masjid dan perayaan orang islam serta adat dan budaya yang di amalkan oleh orang islam”

Kini, Ruppert telah selamat memeluk islam dan sedang menghabiskan masa di Medan, Indonesia.

screen-shot-2016-07-15-at-10-13-47-am

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.