fbpx
Now Reading
Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Festival Iskarnival Kool

Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Festival Iskarnival Kool

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hujung minggu depan akan berlangsung sebuah karnival di negeri Johor yang akan membuatkan anda teruja kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda semua.

Iskarnival Kool

Pemaju utama Iskandar Puteri, UEM Sunrise Berhad bakal menganjurkan festival Iskarnival Kool kali ke-6 bagi meraikan kejayaan Iskandar Puteri mencapai status sebagai sebuah bandar pada 22 November 2017 nanti.

Selain itu, Iskarnival juga menyediakan pertandingan, peluang pembelajaran secara langsung dan pilihan hiburan yang banyak untuk penduduk tempatan, pelancong dan mereka yang mahu meluangkan masa bersama keluarga tersayang pada hujung minggu.

Tarikh dan masa

Iskarnival Kool akan berlangsung pada 25 hingga 26 November ini dari pukul 12 tengahari hingga 11 malam di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor. Jangan risau, anda boleh bawa isteri, anak, mak, ayah dan seluruh keluarga kerana masuk adalah percuma.

Aktiviti

Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk semua golongan usia contohnya seperti flyboarding, permainan papan gergasi, Spartan Mini Race, pameran seni, masakan dan macam-macam lagi.

Dengan penglibatan lebih daripada 848 bakat tempatan dari seluruh Malaysia, Iskarnival bakal menjadi tuan rumah untuk para penggiat dan penggerak pelbagai industri seperti muzik, seni visual, makanan dan minuman, teknologi, warisan, sumber manusia dan pemeliharaan alam sekitar.

Persembahan

Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti penyanyi-penulis lagu bertaraf antarabangsa, Yuna dan penyanyi lagenda bersuara lunak, Datuk Sheila Majid.

Selain itu, antara kumpulan-kumpulan yang dijangka membuat persembahan ialah Plague of Happiness, Classmates, Kelompok Penerbang Roket dan ramai lagi artis yang turut serta memeriahkan Iskarnival Kool. Malah, persembahan seni juga dipersembahkan kepada para pengunjung.

Iskarnival Kool merupakan karnival yang mempunyai pelbagai aktiviti sihat untuk anda yang ingin beriadah atau keluar melakukan sesuatu yang berfaedah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.