fbpx
Now Reading
Hanis Zalikha Dah Biasa Kena Kritik

Hanis Zalikha Dah Biasa Kena Kritik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bukan mudah untuk menjadi selebriti kerana pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan anda, kehidupan, malah cara membesarkan anak.

Sumber: Ig Hanis Zalikha

Hanis Zalikha, 27 tahun, turut menerima tempias yang sama kerana mendapat komen negatif dan kritikan warga laman sosial mengenai cara dia membesarkan anaknya yang baru berumur setahun.

Sumber: Ig Hanis Zalikha

Menurutnya, dia tak berkecil hati menerima komen negatif dari orang ramai kerana sudah biasa dikritik dan tahu apa yang terbaik untuk anaknya.

Sumber: Ig Hanis Zalikha

“Bukan saya sahaja yang menerima kritikan, malah anak artis lain turut menerima nasib yang sama. Ada saja yang mereka nak kritik!,” ujarnya.

Sumber: Ig Hanis Zalikha

Selain itu, Hanis suka berkongsi tips menjaga bayi di laman sosial kerana ia boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu muda di luar sana dan menjadi rujukannya sendiri pada masa depan.

Untuk pengetahuan anda, Hanis Zalikha berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 dan melahirkan anak sulungnya bernama Yusuf Iskandar itu pada 3 Jun 2016.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.