fbpx
Now Reading
Fattah Beri Kereta Untuk Mak Ayah

Fattah Beri Kereta Untuk Mak Ayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas pertunangan dan pernikahannya bersama aktres popular, Nur Fazura Sharifuddin, menjadi tumpuan satu Malaysia, terbit pula berita mengenai Fattah memberi hadiah kemenangan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 berbentuk kereta kepada kedua ibu bapanya.

Sumber: malaysianaccess.com

Dia menerima kereta Peugeot 408 e-THP selepas merangkul Bintang Paling Popular di Balai Berita oleh Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, dan disaksikan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Menurutnya, dia mahu menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50 tahun, dan Azizah Abdul Ghani, 47 tahun.

Sumber: yahoo.com

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Semoga pengantin baru ini dimurahkan rezeki kerana sentiasa mendahului ibu bapa serta keluarga dan sentiasa merendah diri.

Sumber: Berita Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.