fbpx

Pakar Penjinak Ular Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anggota bomba, Abu Zarin Hussin yang terkenal dengan kemahirannya menjinak dan menangkap ular meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh, tengah malam tadi.

Abu Zarin,33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di Bukit Angin disahkan meninggal dunia, 12.54 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin mengesahkan perkara itu dan jenazahnya sudah dibawa ke Kampung Permatang Gading, Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Abu Zarin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAH selepas dipatuk ular tedung dalam satu operasi di Bentong dan dia dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mulai sedar pada tengah hari Selasa lalu.

Abu Zarin sudah bertugas lebih 10 tahun sebagai anggota bomba dan pernah berkhidmat di BBP Muadzam Shah, Pekan dan kini di Temerloh.

Beliau mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang ditubuhkan sejak hujung 2015 sebagai tenaga pengajar bagi melatih anggota pasukan untuk menangkap haiwan berbisa selain mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin sudah beberapa kali dipatuk ular termasuk ular senduk dan ular sawa, malah pernah koma dua hari dan hampir meragut nyawanya apabila dipatuk ular tedung pada 2015.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.