fbpx
Now Reading
Bahaya Slime! Ibu Bapa Tolong Alert

Bahaya Slime! Ibu Bapa Tolong Alert

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 

 

Ada di antara anda yang tidak tahu tentang satu permainan yang popular di kalangan ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka sibuk bermain. Ianya di panggil ‘slime’ dan ia tiba-tiba sahaja popular. Ia bukan sahaja boleh dibeli di pelbagai tempat (kedai fizikal dan juga di atas talian), malah terdapat banyak juga tutorial membuatnya di rumah.

Disebabkan bahan-bahannya yang mudah diperoleh dan cara membuatnya yang mudah, ‘slime’ boleh ditemui hampir di semua rumah. Kerana kanak-kanak suka membuat dan bermain dengannya.Walaubagaimanapun, anda perlu memberi lebih perhatian terhadap bahan-bahan yang digunakan untuk membuat ‘slime’. Ini kerana, hampir kesemua bahan-bahannya berasal dari bahan kimia.

Dan disebabkan inilah, kejadian malang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun berasal dari Massachusets, Ameria Syarikat.Ibunya seronok yang Kathleen mempunyai hobi baru kerana dia umpama saintis kecil. Ibunya juga menggalakkan Kathleen dengan membelikan bahan-bahan membuat ‘slime’. Kathleen sudah kerap membuat ‘slime’ sendiri.

Namun pada suatu malam apabila Kathleen tidur di rumah kawannya, Kathleen telah bangun ditengah malam akibat rasa yang teramat sakit pada jari-jarinya. Keesokkan paginya, Quinn, ibu kepada Kathleen telah menjemputnya dan mendapati dia sedang menangis kesakitan. Quinn segera membawanya ke Hospital Shriners di mana doktor telah mengklasifikasikan kesan melepuh pada jari Kathleen sebagai kesan terbakar tahap 2 dan 3. Menurut doktor lagi, itu merupakan kesan daripada terdedah kepada Borax One, salah satu bahan utama membuat ‘slime’.

Menurut Dr. Megan Hannon, Borax One adalah bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh jika dibiarkan terdedah pada kulit untuk jangka masa yang lama tanpa perlindungan.Disebabkan itu, sebagai ibu bapa, kita harus betul-betul memeriksa bahan yang kita ingin gunakan terutamanya terhadap anak-anak.

Ini merupakan kemalangan yang tidak dijangka dan ia boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, kisah Kathleen harus dijadikan iktibar untuk kita lebih berhati-hati dengan bahan yang kita pilih untuk permainan anak-anak.

Sedikit tentang Borax:

Nama kimianya ialah tetrasodium borate dan ia banyak terdapat di dalam serbuk pencuci baju terutamanya.

Antara kesan jika terdedah dalam jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak ialah:

jika termakan boleh menyebabkan cirit-birit

jika terkena mata boleh menyebabkan keradangan mata

jika terhidu boleh menyebabkan keradangan saluran pernafasan

jika terkena kulit boleh menyebabkan melepuh dan keradangan

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.