Connect with us

News

[VIDEO] Laungan Azan Bergema di New Zealand

Buat pertama kalinya, laungan azan semasa solat Jumaat disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional New Zealand.

Hadirin yang menghadiri upacara memperingati mangsa serangan pengganas di dua masjid minggu lalu, yang diadakan sebelum solat Jumaat di Hagley Park, di sini, memberi penghormatan dengan berdiam diri sepanjang azan dilaungkan Imam Lateef.

 

Komuniti dalam kalangan wanita yang berbagai latar belakang dan agama juga menzahirkan solidariti dengan memakai tudung sebagai tanda sokongan kepada umat Islam.

Hagley Park park juga dibanjiri lautan ribuan anggota komuniti

Hagley Park park juga dibanjiri lautan ribuan anggota komuniti

Hagley Park, yang terletak berdekatan Masjid Al Noor, masjid pertama yang diserang pengganas pada 15 Mac lalu, turut dibanjiri lautan komuniti New Zealand, termasuk bukan Muslim, yang mahu mendapatkan kefahaman lebih jelas mengenai agama Islam.
Azan sebelum solat Jumaat yang menandakan masuk waktu Zohor itu dilaungkan kira-kira jam 1.30 petang waktu tempatan, diikuti khutbah Jumaat.

Sumber : Awani.com

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect