Video

[VIDEO] Pemandu Bas Tenangkan Kanak-Kanak Cemas Di Tepi Jalan

Pernah tak berdepan dengan situasi apabila anda tengah berjalan-jalan di bandar dan tiba-tiba ada seorang wanita bersama anak jatuh pengsan. Apa tindakan anda? Sama ada biarkan atau tolong mereka.

Satu video yang dimuat oleh @nowthisnews menunjukkan keadaan di mana seorang pemandu bas secara spontan membantu seorang kanak-kanak yang cemas apabila ibunya diserang sawan. Pemandu bas yang merupakan seorang wanita membuka pintu bas dan terus menenangkan kanak-kanak itu sementara menunggu ambulan datang. 

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga membantu wanita yang diserang sawan itu dan ada yang sanggup memberikan baju sejuk kepada mangsa.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top