Connect with us

News

[VIDEO] Tindakan Sekumpulan Lelaki Bunuh Buaya Dikecam

 

Tindakan sekumpulan lelaki membunuh seekor buaya yang terperangkap di dalam jaring di pantai Batu Satu, Kuala Baram, dikesali Persatuan Pencinta Alam Miri.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, buaya sepanjang tiga meter itu dipukul dengan kejam dan video yang dirakam salah seorang daripada kumpulan lelaki itu tular di media sosial.

Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Miri, Musa Musbah berkata, walaupun reptilia itu tidak lagi dilindungi, namun ia harus diberi peluang untuk hidup dan dilepaskan ke habitatnya.

Beliau berkata, buaya air masin itu dipercayai keluar ke laut untuk mencari pasangan.

 “Sekarang musim bulan gelap serta air pasang malam dan ia memudahkan haiwan itu keluar dari muara dan terus ke laut.

Gambar tular buaya yang terperangkap di dalam jaring di pantai Batu Satu, Kuala Baram, Miri dibunuh sekumpulan lelaki.

“Malangnya buaya itu tersangkut pada pukat yang dipasang nelayan di tepi pantai berkenaan sebelum orang awam mengambil keputusan membunuhnya,” katanya mengulas perbuatan itu.

Musa berkata, menjadi kebiasaan reptilia itu untuk berhijrah dari satu kawasan sungai ke sungai yang lain untuk mencari pasangan.

Beliau berkata, kumpulan lelaki terbabit sepatutnya melaporkan kehadiran buaya itu kepada pihak berkuasa supaya reptilia itu dipindahkan ke kawasan yang jauh dari penempatan manusia.

Langkah itu katanya perlu untuk mengelak tercetus konflik antara buaya dan manusia.

Video berdurasi lebih sepuluh saat yang memaparkan tindakan sekumpulan lelaki memukul kepala buaya itu dengan kejam menggunakan tukul dan kayu mencetuskan kemarahan netizen.

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect