News

Wanita Mati Akibat Terlalu Kuat Mengerang

Seorang gadis mati ditekap bantal oleh kekasihnya gara-gara mengerang terlalu kuat ketika berasmara.

Dalam kejadian di Bali, Indonesia itu, suspek Gung De Wirajaya, 25 tahun, cuba menutup mulut pasangannya dengan tangan ketika mereka sedang berasmara lantaran rengekannya yang didakwanya terlalu kuat, namun tidak berhasil.

Bimbang ia didengari jiran tetangga dan rahsia mereka terbongkar, suspek menggunakan bantal untuk menutup muka mangsa yang merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di situ.

Menurut suspek, selepas mereka berasmara, mangsa dilihat terkulai dengan nafas tercungap-cungap. Suspek cuba membalikkan tubuh mangsa namun keadaannya semakin tidak stabil.

Panik dengan kejadian, suspek terpaksa meminta bantuan daripada beberapa penduduk di sekitar lokasi kejadian.

Suspek juga dilapor sempat mencari seorang doktor untuk memeriksa keadaan mangsa, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top