News

Warga China dan Bangladesh Dominasi Pemilikan Rumah di Malaysia

Adakah anda sudah memiliki rumah anda sendiri tanpa perlu menyewa dengan orang lain? Untuk pengetahuan anda, ada perumahan yang dikhususkan untuk dibeli oleh warga asing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, mendedahkan data yang diperolehi kepada umum mengenai pemilikan hartanah. Data tersebut dikumpulkan daripada tempoh 2007 hingga 2018 oleh pihak Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

Menurut data yang diperolehi, jelas mengatakan bahawa jumlah unit rumah yang dimiliki oleh warga asing melalui program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) adalah sebanyak 4,499 unit rumah. Warga negara China merupakan yang paling banyak membeli rumah di Malaysia iaitu dengan 1,664 unit manakala Bangladesh dengan 250 unit.

Pada tahun 2002, program Malaysia Rumah Kedua diperkenalkan untuk menarik warga asing menetap di Malaysia, terutama mereka yang sudah bersara atau untuk tujuan perniagaan.

Menurut Awani, berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 106,197 isi rumah bukan warganegara memiliki unit perumahan di seluruh negara.

Jika warga asing banyak membeli rumah di Malaysia, bagaimana dengan nasib rakyat Malaysia yang masih belum mampu untuk memiliki rumah? Diharap lebih banyak perumahan mampu milik dihasilkan untuk penduduk Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Sumber : Awani

Popular

To Top