Hiburan

Zahiril Adzim Puji Anak Pandai Jaga Ibu

Pelakon berbakat besar, Zahiril Adzim, menceritakan kisah mengenai anak lelakinya, Anaqi yang kini sudah pandai menjaga ibunya iaitu Shera Aiyob.

Menurutnya, Anaqi baru sahaja baik daripada demam dan kini isterinya pula demam tetapi dia terpaksa pergi bekerja dan meninggalkan isteri tersayang di rumah dengan perasaan bercampur baur.

Walau bagaimanapun, Zahiril mampu menarik nafas lega apabila isterinya memberitahu bahawa anak kesayangan mereka menjaganya dengan baik di rumah.

“Dia yang tolong sapukan Essential Oil picit kepala I yang tengah sakit ni. Siap cakap, ‘Mummy relax je okay, nanti Mummy sakit’,” kata Shera.

“Anaqi memang boleh ambik alih tempat aku anytime kalau ditakdirkan aku takda satu hari nanti. Infact, aku rasa dia akan jadi lebih better dari aku,” ujar Zahiril.

Malah, para peminat mereka turut memuji Anaqi yang pandai menjaga ibu dan turut mendoakan supaya dia menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.

Walaupun masih kecil, Anaqi dilihat sudah mampu menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang sedang sakit sedangkan dia hanyalah seorang kanak-kanak.

Sumber: IG Zahiril Adzim

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top