Now Reading
Pengsan Di Pentas Big Stage, Baby Shima Dikejarkan ke Hospital

Pengsan Di Pentas Big Stage, Baby Shima Dikejarkan ke Hospital

Penyanyi Baby Shima jatuh pengsan sebaik sahaja selesai membuat persembahannya di pentas Big Stage malam semalam. Pada mulanya, kejadian tersebut disangka gimik oleh penonton, tetapi hakikatnya penyanyi tersebut benar-benar tidak sedarkan diri.

Setelah itu, paramedik telah datang memberi bantuan dengan kadar yang segera.

Tidak lama selepas itu, pengacara Big Stage, Aliff Satar dan Sherry Alhadad telah memaklumkan kepada semua penonton bahawa Shima telah sedarkan diri. Dikejarkan ke hospital, difahamkan Shima jatuh pengsan kerana terlalu penat.

Pihak pengurusan Shima mengakui perkara tersebut.

“Shima ada persembahan malam semalam di Semedang, Indonesia dan sampai di Kuala Lumpur pada 3 petang tadi. Dia ada mengadu sakit kepala dan pada jam 6 petang tadi, Shima makan panadol. Sebelum naik ke pentas melakukan persembahan, Shima mengatakan badannya berada dalam keadaan lemah.”

See Also

“Namun begitu, dia tetap meneruskan persembahan dan akhirnya pengsan. Saya tak sangka perkara ini terjadi,” kata wakil pihak pengurusan.”

Kini Shima sudah sedarkan diri tetapi pihak doktor mahu Shima berehat terlebih dahulu.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.