fbpx

Jangan Guna Lagu ‘Terlalu Istimewa’ Untuk Video Perkahwinan

Penyanyi dan pelakon popular, Adibah Noor menegaskan lagu nyanyiannya, Terlalu Istimewa dicipta khas sebagai tribute untuk tragedi pembunuhan kejam Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani dan kanak-kanak yang senasib dengannya.

Menurut Adibah, dia tidak mahu lagu tersebut dijadikan lagu tema dalam video perkahwinan seperti yang dilakukan segelintir pihak sebelum ini.

Kenyataan tersebut dimuatnaik menerusi sebuah status di akaun Twitter miliknya.

“Makluman kepada semua, kepada yang suka dengar lagu tapi tak memahami lirik, lagu Terlalu Istimewa adalah tribute saya terhadap Allahyarham Adik Nurul Huda Abdul Ghani dan kanak-kanak yang senasib dengannya.

“Jadi, janganlah buat lagu untuk video perkahwinan ya,” tulisnya.

See Also

Menerusi lagu Terlalu Istimewa, Adibah telah memenangi beberapa anugerah muzik tempatan termasuklah juara kategori balada, vokal terbaik dan pemenang keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu ke-21 pada tahun 2006.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.