Now Reading
Kerana Senyum, Lelaki Cina Belanja Wanita Ini Minyak “Full Tank”

Kerana Senyum, Lelaki Cina Belanja Wanita Ini Minyak “Full Tank”

Buat baik dengan orang pasti ada ganjarannya jika kita berbuat baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Siapa sangka, dengan senyuman sahaja, seorang lelaki berbangsa Cina belanja minyak penuh kepada seorang wanita di sebuah stesen minyak.

Menurut @AinIsmail_, beberapa hari lepas dia dan kakaknya mahu mengisi minyak kereta di stesen minyak dan kakaknya memberi senyuman kepada seorang lelaki Cina dan lelaki itu memberitahu ingin membayar harga mereka mengisi minyak hingga penuh.

Malah, Ain juga sempat mengambil gambar lelaki tersebut dan gambar keretanya sebagai bukti jika ada yang ragu-ragu atas kesahihan kejadian berkenaan.

“Mesej yang saya ingin sampaikan adalah masih ramai lagi orang baik di luar sana, jadi jom kita berbuat baik dengan orang kerana kita pasti akan mendapat balasan yang baik-baik,” katanya.

See Also

Selain itu, ada juga yang berpendapat ini menandakan rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India. Malaysia Boleh!

Sumber: Twitter @AinIsmail_

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.