Pelakon Datuk Farid Kamil sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila dia dilihat membuat live di aplikasi Bigo.
https://youtu.be/dhQS1W0KYZc
Dalam video tersebut jelas menunjukkan Farid bersama rakan artis, Sofi Jikan sedang rancak berborak dan melayani peminat di aplikasi tersebut sambil berkongsi jenis filem dan drama yang bakal ditayangkan.
Terdapat beberapa orang cuba memprovok mereka mengenai politik tetapi dia menegaskan dia takkan bercakap mengenai politik semasa live tersebut.
Namun, tak dapat dipastikan bilakah sesi live itu diadakan. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan pihak Farid dapat mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan situasi sebenar.
Sumber: Youtube Viralism Channel