Now Reading
Berani Cuba Makan Kerepek Paling Pedas Di Dunia Ini?

Berani Cuba Makan Kerepek Paling Pedas Di Dunia Ini?

Peminat makanan pedas pasti suka mencuba makanan pedas dari seluruh dunia untuk mencabar diri sendiri sama ada dapat menahan pedas atau tidak.

Kadang-kadang ada yang sampai termuntah akibat mencuba makan makanan paling pedas di dunia atau makan cili dalam kuantiti yang banyak.

Sumber dari foodology.ca

Jika anda biasa membuat Samyang Challenge dan merasakan ia tak begitu pedas, apa kata anda cuba makan sekeping keropok paling pedas di dunia ini.

Sumber dari youtube.com

Cabaran bernama One Chip Challenge ini berbeza dengan cabaran makan mee segera Samyang kerana anda hanya perlu makan sekeping keropok tersebut sehingga habis.

Sumber dari southcarolinapublicradio.org

Walaupun ia kelihatan mudah, namun cili yang digunakan untuk keropok Paqui Tortilla ini ialah cili paling pedas di dunia, Carolina Reaper.

Sumber dari foodology.ca

Cili terpedas di dunia itu mempunyai tahap kepedasan setinggi 1.569.300 SHU (Scoville Heat Units). Bayangkan betapa pedasnya keropok itu jika dibandingkan dengan mee segera Samyang.

Sumber dari youtube.com

Sanggupkah anda mencuba Paqui Tortilla Carolina Reaper ini? Pastikan perut anda tahan lasak dan boleh tahan pedas baru boleh cuba makan.

Sumber: IDN TIMES

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.